Haritukan Juju ada kongsi pasal staycation di GEO Resort & Hotel dalam bulan puasa. Jadi Juju pilih untuk berbuka puasa di sini. Alang-alang ambil sekali buffet Ramadhan untuk 3 orang. Seronok sebenarnya makan secara buffet. Makan sikit-sikit tapi berulang-ulang. Tu yang tak sedar dah 3 jam duduk dekat restoran.
Suasana berbuka dekat sini pun memainkan peranan juga. Lokasinya yang bersebelahan dengan kolam renang dan separuh open air yang membenarkan angin sejuk menerobos masuk ke dalam restoran. Makan dalam cuaca sejuk memang syahdu betul.
Ada pelbagai menu dekat sini tau. Walaupun namanya selera kampung, ada juga menu masakan barat. Memang sesuailah untuk semua bangsa. Antara menu yang menarik perhatian Juju adalah ikan patin masak tempoyak, dading dendeng, telur ikan goreng berempah, asam pedas ikan, telur masak kurma dan rebung masak lemak cili api.
Di bahagian mi pula dia akan rotate menu mi. Ada mi kari, mi rebus dan mi sup. Char kueteow pun ada digoreng panas-panas. Sebelah mi ni pula ada murtabak. Ha dekat sini korang boleh je minta kalau nak roti canai ke, roti telur ke. Nanti chef tu akan masakkan. Juju minta roti tisu, rajin pula chef tu melayan permintaan kitorang. Siap buat show roti terbang lagi tau.
Kalau ke bahagian pencuci mulut, memang korang akan terpukan dengan pelbagai jenis kek dekat sini. Juju pun lama dekat bahagian ni. Lawa betul kek-kek yang chef ni deko. Terkesima sekejap. Tapi memang sedap ya semua kek dekat sini. Kena betul dengan tekak Juju ni ha. Tak manis sangat. Just nice.
Baca sini: roti gardenia
Sambil makan, korang akan disajikan dengan persembahan live band. Memang bertambah-tambahlah syahdunya. Betul-betul hotel vibes. Alahai rindu pula rasanya.
Untuk maklumat lanjut👇
SELERA KAMPUNG D-GEO
GEO RESORT & HOTEL
📆24 March - 21 April 2023⌚6.00 pm - 10.00pmDewasa: RM168 nettKanak-kanak: RM75 nett (7-12 tahun)Warga Emas: RM85 nett (65 tahun ke atas)🚨Cabana Restaurant, 1st Floor🚩Jalan Permai 2,Genting Permai Avenue,69000 Genting Highlands,Pahang, Malaysia📞+6019-236 7838📨reservation@georesort.my