Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

Kasih Juju

Tahun ini Juju perasan ramai betul Tik Toker Malaysia yang nyanyi lagu raya ya. Ada juga yang tak menyanyi tapi buat penampilan istimewa. Juju sendiri pun suka dengan lagu-lagu yang diorang nyanyikan ni. Fresh je bila dengar. Ada juga tik toker yang Juju tak kenal. Mungkin tak lalu dekat FYP Juju kot. Juju pun suka tengok video-video perkongsian yang bermanfaat di platform Tok Tok tu.

Pandai betul komposer lagu-lagu raya nak tarik pendengar sekarang. Tapi memang menjadi. Buktinya korang boleh nilai sendiri lagu-lagu raya dari Tik Tokker Malaysia yang Juju senaraikan dekat bawah ni.

Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia
♪ Hantaran Raya - Ryan Deedat Feat Nisha Haque. Main talent: Ryan Deedat, Mira Rosli (Kuku), Syerrasun, Ilyas (Aaabias), Ubai, Nisha Haque, Alvin Goh, Auntie Purple, Uncle Purple, Syaffiq Tatam
Link youtube: t.ly/Vskj

Juju suka Nisha Haque tu sebab konten dia yang suka jadi background singer, tapi lirik dia sikit sangat. Hehe, lucu bila tengok. Dalam video klip lagu ni memang ramai Tik Toker yang jadi cameo. Auntie Purple tu takkanlah korang tak kenal kan. Yang popular sebab buat transition smooth giler tu. Juju tengok pun ternganga. 
---
♪ Raya Last Minit - Andi Bernadee & Ryan Bakery
Link Youtube: t.ly/Zffkw

Ryan Bakery tu mesti korang dah kenal sangat, Konten-konten dia banyak flashback zaman-zaman handphone tak canggih macam sekarang. Paling Juju ingat dia rekod lagu dekat radio dan dengar semula dekat handphone yang tak canggih dulu tu. Habis pecah speaker. Haha, memang menggamit kenangan.
---
♪ Ria Raya - Iman Troye, Dalia Farhana, Fimie Don, Layka Al Funsu
Link Youtube: t.ly/ThVM

Juju berkenan betul tengok si Layka Al Funsu tu. Comelnya. Suka dia masa dia cover lagu Sang Dewi. Fuh, menusuk jiwa.
---
♪ Meledak Raya - Raqib Majid, Sharif Zero, Arul Laroca, Tiger Labu, Balau
Link Youtube: t.ly/RUaP

Siapa yang tak kenal dengan Tiger Labu kan. Dia buat live paranormal. Ramai je Tik Toker yang buat live paranormal. Tapi yang Juju suka tengok live Tiger Labu dan Naufal. Korang pun bolehlah cuba-cuba layan. Hehe
---

Okeh, setakat ni ini je yang Juju baru jumpa. Nanti kalau ada lagi Juju update dekat sini.