Cara Tempah Roro Langkawi 2023 l Korang yang dah biasa melancong ke Pulau Langkawi mesti dah tau pasal perkhidmatan RORO Langkawi kan. Kalau korang nak tau, RORO ni adalah feri yang boleh bawa kereta korang dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Perkhidmatan ini cuma boleh didapati di Kuala Perlis saja tau. Di Kuala Kedah belum ada lagi. Ha lepas ni dah tak perlulah menyewa kereta di Langkawi.
Buat masa sekarang ni ada 2 syarikat yang menyediakan perkidmatan ini iaitu Langkawi Ferry RORO dan Langkawi Auto Express Sdn. Bhd. Okeh jom Juju ceritakan macam mana nak bawa kereta persendirian ke Pulau Langkawi.
Dokumen / Maklumat yang diperlukan
Bagi memudahkan korang untuk membuat tempahan, korang dikehendaki untuk menyediakan maklumat dan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu - Nama dan IC)
Jadual Perjalanan Feri
Sebelum memulakan perjalanan, korang disarankan untuk membuat semakan jadual perjalanan feri. Ini bagi memudahkan korang untuk merancang perjalanan pergi dan balik.
Harga
Harga untuk bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain pula korang perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
Harga ini adalah pada 7 Ogos 2023.Untuk harga atau maklumat terkini korang boleh klik je website diorang.
Penutup
Untuk tempahan pula korang janganlah tempah sehari sebelum bertolak. Korang kena buat tempah awal tau. Kalau lambat nanti dah penuh. Tapi dekat Pulau Langkawi pun ada banyak je perkhidmatan kereta sewa.
Juju sendiri walaupun dah banyak kali ke Pulau Langkawi, masih belum berpeluang lagi nak gunakan perkhidmatan roro ni. Masih seronok naik turun feri angkut beg berat-berat. Bil lagi nak merasa angin dan ombak lautkan. Seronok juga sesekali.