Zikir Hari Sabtu

Kasih Juju
Hai korang, dah berzikir ke belum harini? Walaupun harini hari cuti, tapi korang jangan pula lupa untuk berzikir. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat bila kita rajin berzikir. Lagipun lebih baik kita basahkan lidah dengan berzikir daripada bercakap perkara yang bukan-bukan. Jom amalkan zikir hari Sabtu.

Zikir Hari Sabtu

Zikir Hari Sabtu

Bacaan dalam rumi: Laa illaaha illallah
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah.”

Intipati dari kalimah “laa illaaha illallah”

Lafaz “laa illaaha illallah” ini merupakan kalimah tauhid yang membawa maksud kepada Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Ia juga adalah aqidah yang mengangkat umat Islam keseluruhannya pada suatu darjat tertinggi lagi mulia.

Pada kalimah ini terdapat empat patah kata iaitu:
Kata Laa ( لآُ) bermaksud menafikan, iaitu meniadakan semua jenis sesembahan.
Kata ilaah ( إِلَهَ) bermaksud sesuatu yang disembah.
Kata illa (إِلاَّ ) bermaksud pengecualian.
Kata Allah (الله ) maksudnya bahwa Allah adalah ilaah/sesembahan yang benar.
Dalam kata lain, kalimah ini menafikan segala sesembahan selain Allah dan hanya menetapkan Allah saja sebagai sesembahan yang benar.

Ini bertepatan dengan dalil dari firman Allah SWT:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَايَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Maksudnya: “(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.” – (Surah Al-Hajj, ayat 62)