Zikir Hari Ahad l Bila sebut pasal zikir, sebenarnya ini adalah perkara yang paling mudah untuk korang dapatkan pahala yang melimpah-limpah. Zikir adalah perkara yang sangat senang dilakukan. Tak semestinya dilakukan setelah selesai solat. Boleh juga diamalkan masa tengah memandu, sebelum tidur bahkan masa tengah memasak pun kita boleh berzikir.
Zikir Hari Ahad
Kelebihan Zikir
Dibaca selepas solat Isyak
Imam Ghazali ada berkata:
“Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari.”
Zikir ini digalakkan untuk dibaca setiap kali selepas solat isyak. Namun tiada halangan untuk dibacanya pada bila-bila waktu juga.
Dibaca sebanyak 1000 kali
Digalakkan untuk kita mengulang-ulang bacaan zikir “Ya hayuu Ya Qayyum” sebanyak 1000 kali.
Khasiat zikir Ya Hayyu Ya Qoyyum
- Kaya dengan harta dan kebijaksanaan
- Didengari dan ditaati segala perkataannya oleh semua orang
- Mendapat kasih sayang dari lelaki, perempuan, dan pasangan
- Memperoleh kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
- Dijauhkan dari segala bala dan musibah
- Dijauhkan dari musuh-musuh