5 Resepi Masakan Menggunakan Daun Sawi

Kasih Juju
Siapa dekat sini yang suka buang sayur hijau-hijau masa makan mi goreng sila angkat tangan. Ha, kita geng. Yihhh. Kalau sikit-sikit tu bolehlah makan. Ni banyak pulak tu. Dahlah banyak, pahit pula. Ha, harini Juju terpanggil nak share dengan korang pasal sayur yang korang tak makan tu. Sayur sawi!

Sawi

Jenis-jenis sawi

1. Sawi Hijau
Sawi

Sawi hijau ni merupakan sawi yang paling popular dalam masakan mi goreng. Sawi ini mempunyai warna daun hijau gelap dan batang yang putih kehijauan.

Sesuai dimasak sup atau dimasak bersama pelbagai jenis mi samada bergoreng atau yang berkuah.

2. Sawi Putih
Sawi

Sawi putih juga dikenali sebagai pak choy. Ianya mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan urat daun serta batang yang berwarna putih. Bentuk daun adalah bulat yang berukuran 15 - 20 cm panjang. Daunnya adalah lebih tebal dan rangup berbanding dengan sawi hijau. 

Sawi putih ini sesuai dimasak lemak putih ataupun ditumis.

3. Sawi Jepun
Sawi

Sawi ini mempunyai saiz yang agak kecil berbanding sawi yang lain. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Sedap dimasak dengan lada hitam.

4. Sawi Pahit
Sawi

Sawi ni mesti dah banyak korang jumpa kan. Kalau tergigit confirm keluarkan balik sebab rasanya yang pahit. Sesuai di masak untuk ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak. 


5. Sawi Bunga
Sawi

Sawi ni senang je nak cam. Kalau korang nampak ada bunga-bunga kecil dekat bahagian pucuk tu ha confirmlah ni sawi bunga.

Masa siang sawi ni jangan pula korang buang bunga kuning tu. Boleh dimakan sekali tau. 

7 khasiat sayur sawi

1. Kaya dengan antioksida
Antioksida merupakan salah satu kompaun dalam tumbuhan yang terhasil secara semulajadi. Ia membantu untuk melawan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas terbentuk daripada sumber-sumber luar seperti pencemaran, asap rokok, radiasi dan ubat. 

Apabila terlalu banyak di dalam badan, ia akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kanser, sakit jantung, katarak dan penyakit Alzheimer.

Antara antioksida yang terkandung dalam sawi ialah vitamin C dan vitamin E. Selain itu, sawi juga mempunyai fitokimia seperti flavonoids dan beta karotena yang juga bertindak sebagai antioksida.

2. Sumber Vitamin K
Sawi mentah mempunyai 221.4 µg vitamin K manakala sawi yang dimasak mempunyai 592.7 µg vitamin K (untuk satu cawan).

Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Selain itu, kajian juga mendapati bawaha vitamin K memainkan peranan dalam kesihatan tulang, jantung dan juga mencegah kanser.

Namun begitu, bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin, makanan yang mengandungi vitamin K yang tinggi boleh mengurangkan kesan ubat tersebut. Ini kerana warfarin berfungsi untuk mencegah pembekuan darah manakala vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah.

Baca sini: sayur masak lemak

3. Meningkatkan sistem imunisasi badan
Selain vitamin K, sawi juga mengandungi vitamin C dan vitamin A. Vitamin C berfungsi untuk menguatkan sistem ketahanan badan dan secara tidak langsung dapat mencegah daripada penyakit. Kekurangan vitamin C dikatakan akan melemahkan sistem ketahanan badan serta mudah jatuh sakit.

Di samping itu, vitamin A juga memainkan peranan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dengan menggalakkan penghasilan darah putih yang dapat melawan jangkitan.

4. Kesihatan jantung
Sawi adalah bagus untuk kesihatan jantung. Ini kerana, ia mengandungi antioksida seperti beta karotena dan flavonoid yang membantu untuk mencegah risiko penyakit jantung. Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2016, pengambilan sayuran hijau daripada spesies Brassica ini menunjukkan penurunan risiko penyakit jantung sebanyak 15%.

Selain itu, sawi yang dikukus mempunyai kompaun yang dapat mencegah penyerapan semula asid hempedu dan secara tidak langsung dapat menggurangkan kadar kolesterol dalam darah.

5. Kesihatan mata
Fitokimia seperti lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam sawi memberi manfaat kepada kesihatan mata. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Selain itu, lutein dan zeaxanthin dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula Berkaitan Umur (ARMD), yang merupakan salah satu penyebab kubutaan dalam kalangan warga emas.

6. Kesan anti-kanser
Selain antioksida, sayuran hijau seperti sawi juga mempunyai komponen anti-kanser iaitu glucosinolates. Glucosinolates yang dipecahkan kepada indoles dan isothiocyanates membantu untuk melindungi kerosakan DNA dan kesan karsinogen (agen yang boleh menyebabkan kanser). Tambahan pula, ia juga menghalang pembentukan dan pergerakan sel tumor daripada merebak ke organ lain.

7. Tinggi serat
Seperti sayuran hijau yang lain, sawi mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat terbahagi kepada serat larut dan serat tidak larut. Sawi merupakan sumber serat tidak larut di mana ia bersifat tidak larut dalam air dan dapat melembutkan najis serta memudahkan perjalanan melalui usus.

Selain itu, pengambilan serat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kencing manis dan mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.


Cara tanam sayur sawi

Langkah 1: Sediakan Batas Semaian
Buatlah batas semaian dengan lebar 1 m dan panjang 5 m (atau sesuaikan dengan ruang yang anda ada). Tinggi batas semaian sebaiknya antara 15 hingga 30 cm agar dapat memberikan ruang yang cukup bagi pucuk untuk tumbuh.

Langkah 2: Tabur Biji Benih Sawi
Taburkan biji benih sawi secara merata di atas permukaan batas semaian. Pastikan untuk menjaga jarak antara biji benih agar pucuknya nanti dapat tumbuh dengan baik.

Langkah 3: Taburkan Sedikit Tanah Kering
Taburkan sedikit tanah kering di atas benih sawi. Hal ini bagi membantu menutup biji benih dan memberikan perlindungan awal saat tunas mula tumbuh.

Langkah 4: Gunakan Siraman Halus
Siram dengan air secara perlahan menggunakan siraman halus. Pastikan tanah sentiasa lembab, tetapi jangan terlalu basah agar tunas tidak tumbuh dengan cantik.

Langkah 5: Tutup Batas Semaian dengan Guni
Tutup batas semaian dengan menggunakan guni atau bahan lain yang dapat menjadikan tanah yang lembab dan hangat untuk meningkatkan pengeluaran tunas.

Langkah 6: Pantau dan Rawat
Setelah menyemai benih sawi, periksa batas semaian secara teratur. Pastikan tanah tetap lembab dan dalam kondisi yang baik. Hindari daripada terlalu banyak air agar tunas tidak bergenang dengan air.

Langkah 7: Penyemaian Bibit
Dalam 2-3 hari setelah disemai, tunas sawi akan mulai bercambah. Setela berusia sekitar 2 minggu dan memiliki daun yang cukup, boleh pindahkan ke tempat yang lebih luas atau ke dalam pasu yang lebih besar.

Semoga tips ini membantu dalam menyemai dan menanam sawi dengan berjaya.

5 resepi sayur sawi

Terdapat banyak cara untuk menyediakan sayur sawi yang lazat dan sihat. Berikut adalah lima resepi yang berbeza untuk memasak sayur sawi:

Resepi 1: Sayur Sawi Goreng Tiram

Bahan-bahan:
  • 200g sayur sawi, dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh sos cili
  • Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara penyediaan:
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang putih sehingga harum.
  • Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.
  • Tambahkan sos tiram dan sos cili. Gaul rata.
  • Masak sayur sawi sehingga layu tetapi masih mempunyai sedikit rasa rangup.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan panas.

Resepi 2: Sup Sayur Sawi Putih

Bahan-bahan:
  • 300g sayur sawi, dipotong kasar
  • 1 biji kentang, dipotong dadu
  • 1 ulas bawang besar, cincang halus
  • 1 liter stok ayam atau sayur
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumis bawang besar sehingga lembut.
  • Masukkan sayur sawi dan kentang. Gaul rata.
  • Tuangkan air stok ayam sehingga sayur dan kentang tertutup.
  • Didihkan, kemudian kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan sehingga sayur dan kentang empuk.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan sebagai sup.

Resepi 3: Sayur Sawi Tumis Belacan

Bahan-bahan:
  • 300g sayur sawi, dipotong kasar
  • 1 sudu besar belacan, dipanggang dan dihancurkan
  • 2 ulas bawang merah, cincang halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 cili merah, dihiris
  • Sedikit garam
  • Minyak masak
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
  • Masukkan belacan dan cili merah. Tumis sehingga harum.
  • Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.
  • Tumis sayur sehingga layu tetapi masih rangup.
  • Masukkan sedikit garam secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan panas.

Resepi 4: Sayur Sawi Masak Lemak

Bahan-bahan:
  • 300g sayur sawi, dipotong kasar
  • 200ml santan pekat
  • 1 batang serai, diketuk
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 ulas bawang merah, cincang halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 cili merah, dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga lembut.
  • Masukkan serai, daun kunyit, dan cili merah. Tumis sehingga harum.
  • Tuangkan santan pekat dan biarkan mendidih perlahan.
  • Masukkan sayur sawi dan masak sehingga sayur empuk dan lembut.
  • Beri garam secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi 5: Sayur Sawi Kicap Manis

Bahan-bahan:
  • 300g sayur sawi, dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang putih sehingga harum.
  • Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.
  • Tambahkan kicap manis dan gaul rata.
  • Masak sayur sawi sehingga layu tetapi masih mempunyai sedikit rasa rangup.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan panas.

Korang boleh sesuaikan resepi ini mengikut cita rasa masing-masing. Kalau suka peda boleh lebihkan cili, nak kuah banyak boleh lebihkan air. Boleh juga dicampur dengan ikan bilis semasa menumis. Aromanya lebih sedap. Boleh juga