7 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

Kasih Juju
Aduh! Seksanya bila tekak dah mula perit dan batuk pula datang. Rasa tak selesa betul nak melakukan kerja-kerja seharian. Bikin mood jadi swing. Dapat pula batuk yang berpanjangan dan tekak pula rasa sangat gatal. Serba tak kena dibuatnya. Juju kalau tengah batuk-batuk, suka minum air masak. Tapi bila dah minum air masak banyak-banyak ni mulalah timbul masalah lain pula. Batuk sampai terkucil. Susah ye jadi perempuan.

Jadi harini Juju nak kongsi dengan korang punca-punca batuk dan cara hilangkan batuk dengan menggunakan bahab-bahan yang ada dekat rumah je. Lets cekidaut.

Cara Hilangkan Batuk

Punca Batuk

〰 Jangkitan saluran pernafasan atas: Contohnya, selesema boleh menyebabkan batuk akibat keradangan tekak dan saluran pernafasan atas.

〰 Asma: Keadaan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan boleh menyebabkan batuk yang berterusan.

〰 Alahan: Tindak balas alahan terhadap debunga, habuk, bulu haiwan atau bahan kimia boleh menyebabkan batuk.

〰 Merokok: Merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk.

〰 Sakit tekak: Jangkitan atau kerengsaan tekak boleh menyebabkan batuk.

〰 Pneumonia: Jangkitan pada paru-paru yang menyebabkan keradangan boleh menyebabkan batuk, selalunya disertai dengan kahak.

〰 Asid refluks: Asid perut yang naik dari perut ke esofagus boleh menyebabkan batuk, terutamanya pada waktu malam.

〰 Kesan sampingan ubat: Sesetengah ubat, terutamanya perencat ACE yang digunakan untuk tekanan darah tinggi, boleh menyebabkan batuk sebagai kesan sampingan.

Baca sini: Ubat buasir

Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

1. Madu Asli

Cara Hilangkan Batuk

Madu adalah salah satu cara semula jadi yang paling popular untuk merawat batuk. Kajian menunjukkan bahawa madu boleh mengurangkan batuk dan meningkatkan kualiti tidur, terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami batuk. Ada juga kajian yang menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorpha

Madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan.

Untuk menyediakannya, campurkan satu sudu makan madu dengan air suam dan minum sebelum tidur.

2. Bawang Putih

Cara Hilangkan Batuk

Bawang putih adalah ramuan semulajadi yang tinggi dengan sifat anti-bakteria dan anti-virus. Dengan makan bawang putih secara teratur dapat membantu meningkatkan sistem imun dan melawan jangkitan yang menyebabkan batuk.

Anda boleh menambahkan bawang putih dalam makanan atau mengambil suplemen bawang putih untuk mendapatkan manfaatnya. Boleh juga dibakar seketika dan makan begitu sahaja.

3. Air Garam

Cara Hilangkan Batuk

Petua hilangkan batuk yang seterusnya adalah dengan menggunakan air garam. Ia dikatakan mampu untuk melegakan masalah sakit tekak dan batuk di rumah.

Cara penyediaan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS):

Masak air terlebih dulu.
Masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam, ke dalam air yang sudah dimasak. Kemudian larutkannya dan biarkan ia sejuk.
Rasa dulu. Jika terlalu masin, anda boleh tambahkan air lagi.
Kumur-kumurkan air garam ini sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tidak selesa pada tekak.

Garam mampu membunuh segala bakteria yang berada di tekak yang menjadi punca kepada batuk dan sakit tekak. Caranya adalah dengan larutkan sesudu dua garam dalam secawan air suam dan kumur.

4. Kunyit

Cara Hilangkan Batuk

Petua hilangkan batuk yang seterusnya adalah kunyit. Untuk pengetahuan anda, kunyit adalah rempah yang kaya dengan kurkumin, bahan aktif yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.

Menggunakan kunyit dapat membantu mengurangkan batuk dan iritasi pada saluran pernafasan.

Campurkan sedikit kunyit dengan madu atau susu panas untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan dan melegakan batuk.

Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.

5. Wap Air Panas

Cara Hilangkan Batuk

Menghirup wap adalah salah satu petua hilangkan batuk dengan memberi kelegaan dan memudahkan pernafasan.

Wap air panas membantu melonggarkan lendir dalam saluran pernafasan, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Anda boleh menggunakan alat pengukus atau mengambil mandian air panas untuk mendapatkan manfaat wap tersebut.

6. Daun Pudina

Cara Hilangkan Batuk

Sejak dulu lagi, duan pudina telah banyak digunakan oleh masyarakat Eropah untuk menjadi penawar kepada penyakit batuk.

Ia kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan iaitu vitamin A, B2 dan C. Terdapat juga khasiat lain yang menarik dalam mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan.

Campurkan sahaja daun ini ke dalam minuman panas tanpa gula seperti teh untuk hilangkan sakit tekak dan mengurangkan kahak.

7. Air Limau Nipis bersama Madu

Cara Hilangkan Batuk

Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus.

Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

Tips ekstra

Ada juga petua yang dikongsikan oleh Penceramah Syamsul Debat di platform TikTok. Caranya adalah dengan didihkan air sarsi botol yang ada gas (jenama F&N atau seangkatan dengannya) dan apabila telah menggelegak boleh tutup api dan minum suam-suam.

Penutup

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau teruk, adalah sangat disyorkan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan yang bertauliah. Atau dalam erti kata lainnya, korang pergilah jumpa dengan doktor. Risau juga kalau-kalau ada yang teak kena.