Barisan Pelakon Filem Pulau

Kasih Juju
Pulau merupakan sebuah filem seram Malaysia yang ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan remaja yang pergi ke sebuah pulau dan kemudian berhadapan dengan pelbagai peristiwa aneh.

filem pulau

Sinopsis

Selepas kalah dalam pertaruhan di sebuah pulau terpencil, percutian sekumpulan remaja bertukar menjadi tragedi. Mereka secara tidak sengaja menemui sebuah kampung yang terbiar dan misteri, dan mereka memusnahkan dinding mantera kuno yang telah memerangkap suatu "makhluk" di pulau itu selama bertahun-tahun. Makhluk jahat di pulau itu marah dan membunuh ramai orang kerana kesilapan mereka.

Barisan pelakon

  • Amelia Henderson sebagai Kat
  • Alif Satar sebagai Ben
  • Ikmal Amry sebagai Khai
  • Joey Leong sebagai Lili
  • Sanjna Suri sebagai Yus
  • Evie Feroza sebagai Moli
  • Jazmy Juma sebagai Dauz
  • Vikar sebagai Mark
  • Namron sebagai Azhan
  • Harris Annuar sebagai Desmond
  • Sabronzo sebagai Yaya
  • Siew Pui Yi sebagai Kitty
  • Mark O'Dea sebagai Hero
  • Alexander Henderson sebagai Toni


Penampilan khas

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Penghulu
  • Cedric Loo sebagai Chen An
  • Eddie Chong sebagai Eddie
filem pulau

Kontroversi

Filem ini telah menimbulkan dua isu besar. Pertama, poster filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana ia didapati meniru poster Fantasy Island, filem yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, adegan dalam treler yang dikatakan mendedahkan adegan keterlaluan dan ketelanjangan separa, seperti yang dilakonkan oleh model terkenal Ms Puiyi, mencetuskan ulasan yang berbeza. Satu pihak yang tidak menyokong babak itu dan meminta filem itu diharamkan sepenuhnya. Pihak berkuasa memberikan penjelasan dengan menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara filem itu sendiri, yang sudah ditapis, dan babak-babak yang ditunjukkan dalam treler itu. Selain itu, pihak pembikin dan pelakon filem menerima kritikan yang teruk.

Review Juju

Sejujurnya, Juju belum tengok lagi cerita ni. Cuma ada jugalah kadang-kadang tu lalu dekat TikTok. Tapi laju je TikTok detect. Dah delete dah. Macam dah lama tak layan cerita seram dekat panggung wayang. Dah ada dak Yash ni memang genre filem pun auto bertukarlah. Kenalah layan Boboiboy, Mechamato dan Ejen Ali. Kalau cerita selain dari tu memang payah sikit dia nka fokus. Laparlah, nak kencinglah. Hadoi, sabar je mama.

Korang yang tengok cerita ni meh la share dengan Juju. Nak tau ending dia je. Hehe..