Nikmati Hidangan Antarabangsa sempena REN Chirstmas and New Year Buffet di Renaissance Hotel JB l Sekarang ni Juju perhatikan trend makan di hotel semasa musim-musim perayaan dah kembali meningkat. Cuma perlu bayar dan korang dah boleh makan sepuas hati di hotel. Geng mak-mak mesti suka sebab tak perlu nak berperang didapur. Mana taknya, kalau musim perayaan ni memang banyak sangat menu yang kena sediakan.
Mengambil kesempatan itu, Hotel Renaissance Johor Bahru kembali dengan menyediakan hidangan sempena perayaan Hari Krismas dan Sambutan Tahun Baru. Ada pelbagai menu yang boleh korang pilih. Hidangan pula daripada pelbagai negara. Ada India, Arab, Jepun dan juga menu western. Paling meriah Juju suka dekat section seafood on ice.
Seafood On Ice
Ada snow crab, lobster, oyster dan mussels. semuanya segar-segar tau. memang korang wajib cuba. Oyster tu segar betul. Bolehlah custom ikut tekak korang nak lebih masam ke, pedas ke, nak letak cheese pun boleh. Pastu korang nak berulang makan banyak kali pun tak de sapa nak marah. Ha korang makan jela. Memang sangat segar tau. Wajib makan!
Desserts
Tapi, tak boleh lawan dekat section pemanis mulut. Meriah sangat dengan hiasan krismas. Ada cream puff tower dan macaron tower. Fuh, memang memanggil-manggil je kan. Kalau si Firash pula, dia memang suka dekat section live bakar-bakar. Peminat makanan western tegar dak Yash tuh. Juju ambilkan roasted lamb leg dia boleh habiskan sorang je. Juju ni ambil banyak sebab nak kongsi. Sekali licin dia kerjakan. Hadoi... Dah tak memasal mak nya kena ambil lagi.
Rugi wei kalau tak rasa bakar-bakar dekat sini. Ada ikan salmon bakar juga tau. Memang lain daripada yang lain. Rasa segar ikan tu memang akan buat korang terkenang-kenangkan kelazatan dan kelembutan isi ikan salmon tu. Dan istimewanya hari Krismas ni ada juga menu roasted whole turkey with cranberry. Licin gak dikerjakan dak Yash.
Indian Hot Dishes
Dekat section masakan India, ada 4 jenis kuah yang Juju tengok macam sama je, iaitu kuah kari. Bezanya isi dekat dalam kuah tu jelah. Ha, rupanya bila dah tengok senarai menu, baru Juju tau nama setiap kuah kari tu unik tau. Namanya Southern Fish Head Curry, Palak Paneer (Spinach & Paneer Cheese), Chana Masala (Tangy Chickpea Curry) dan Aloo Gobi Matar (Potato, Cauliflower and Peas). Ha kalau Juju memang semuanya kuah kari. Muehehehehe... Untuk nasi pula, nama nasi yang dihidangkan ni Pulihora. Ha unik kan.
Japanese Counter
Kalau rasa nak makan sushi, sushi kat sini ada pelbagai jenis tau. Aduh geram je Juju tengok sotong merah-merah tu. Juju memang suka yang sotong je. Hehe. Tapi dah alang-alang semua da terhidang depan mata, memang wajiblah cuba semuanya.
Untuk maklumat lanjut:
𝐑𝐄𝐍 𝐂𝐇𝐑𝐈𝐒𝐓𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓
24 December 2023 | Dinner
6:30pm to 10:00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
25 December 2023 | Lunch
12:00pm to 3:00pm
RM138 nett per adult
RM69 nett per children (6 to 12 years old)
25 December 2023 | Dinner
6:30pm to 10:00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
𝐑𝐄𝐍 NEW YEAR EVE'S DINNER 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓
31 December 2023 | Dinner
6:30pm to 10:00pm
RM198 nett per adult
RM99 nett per children (6 to 12 years old)
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member