Haritu Juju berkesempatan meluangkan masa untuk menyaksikan pembukaan cawangan Restoran Lazy Monday yang ketiga iaitu di TEBING, Bandar Dato' Onn. Yang membuatkan Juju teruja masa baca tentatif dia, perasmian tu akan dilaksanakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi. Wah, langkah kanan ni boleh jumpa MB Johor.
Dan lebih kurang jam 4 petang YAB Menteri Besar tiba bersama rombongan bagi merasmikan restoran Lazy Monday Tebing.
Semasa hari pembukaan tu, ada juga geng motor besar Harley Davidson dan cosplay. Pertama kali Juju jumpa budak-budak cosplay ni. Gigih betul ya mereka pakai costume anime tu. Colourfull sungguh.
Disebelah malamnya pula, ada konsert tau. Lazy Monday bawakan kumpulan Masdo, Ronnie Hussin dan Mamat Exist. Memang meriahlah malam tu.
Sebenarnya kawasan Tebing Bandar Dato Onn ni memang hidup pada waktu malam. Siang-siang ni diorang bekerja. Bila malam baru nampak ramai rupanya penduduk Dato Onn.
Juju dah rasa ais caffe mocha dekat sini. Sedap, terasa pahit kopi dan manis coklat tu. Geng JDT Blogger pun order juga air. Diorang order caramel macchiato ice blended. Pun sedap juga. Rasa creamy-creamy gitu.
Korang yang rasa tak tau nak lepak mana boleh lah ke Lazy Monday, Tebing Bandar Dato Onn. Rasa sendiri vibes kat sana. Meriah tau.
Maklumat lanjut:
Call: +607-5854253
Email: admin@lazymonday.com.my
Buka setiap hari dari pukul 3 petang hingga 11 malam