BUFFET RAMADAN 2024: Santapan Rasa Paragon, Hotel Grand Paragon Johor Bahru I Korang, tahun ni korang boleh menikmati variasi juadah masakan ala kampung dan fusion yang enak lagi mengujakan dan memberikan kepuasan hati untuk korang yang berbuka puasa di Cafe Para Para di Hotel Gran Paragon Johor Bahru.
Santapan Rasa Paragon, Hotel Grand Paragon Johor Bahru
Terdapat lebih 100 jenis hidangan yang terdiri daripada pelbagai permulaan hidangan panas dan sejuk sehingga ke pencuci mulut. Para tetamu boleh menikmati hidangan tanpa had yang disajikan dalam tujuh menu rotasi yang memaparkan sajian istimewa seperti Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Safron, Siakap Goreng bersama Sos Kerabu Mangga, Pelbagai jenis kerabu, Somtam, Laksa Thai dan pelbagai jenis Lokching.
Selain itu terdapat juga menu special seperti Ekor Asam Pedas, Siput Sedut masak lemak cili padi, ketam goreng cili, udang goreng bersalut nestum, sotong goreng telur masin, gulai daging kawah umbut kelapa dan pelbagai lagi.
Ada juga menu nasi itik dekat sini. Korang yang tak pernah makan itik, bolehlah cuba makan dekat sini. Sedap betul nasi itik dekat sini. Perapan dia sempurna. Memang sedaplah.
Pembuka Selera
Selain daripada menu hidangan utama, ada juga pelbagai jenis menu pembuka selera seperti bubur lambuk, sate, mi goreng mamak Penang style, sup utara berempah dan pelbagai jenis ikan bakar, sup utara, salad segar dan banyak lagi. Untuk korang yang mengamalkan 'eat clean', korang bolehlah menikmati pelbagai jenis ulan-ulaman kampung segar.
Pilihan Air
Untuk air pula, dalam banyak-banyak dinner buffet yang Juju pergi, ini kali pertama Juju jumpa air yogurt mangga dan air yogurt anggur. Ni kalau masa buka puasa mesti kecur ni. Kalau korang tak minat air yogurt ada juga air tebu, air jagung royale, air bandung, air milo dan air panas pun ada. Ada juga ABC dan Lai Chee Kang.
Pemanis Mulut
Lepas makan makanan yang berat-berat mesti kita nak cari makanan yang manis-manis pula kan. Apalah maknanya makan buffet kalau tak makan juadah pencuci mulut. Korang wajib cuba durian goreng dekat sini tau. Sedap makan panas-panas. Tapi selalunya cepat habis. Jadi korang kena pastikan korang ambil dulu durian goreng ni. Ada juga kuih muih tradisonal melayu, aneka jenis bubur dan kek.
Salain daripada hidangan makanan yang enak, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan angklung. Memang merdu halwa telinga mengdengar alunan angklung sambil berbuka. Dan kalau korang nak solat pula, surau disediakan di tingkat 3.
Pakej Bilik
Kalau korang rasa teringinnya nak bersahur dan berbuka di hotel, ada juga disediakan pakej bilik Eksklusif yang berharga RM460 nett iaitu penginapan 2 hari 1 malam di bilik Deluxe untuk 2 orang dewasa.
Untuk maklumat lanjut:
𝑺𝑨𝑵𝑻𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑺𝑨 𝑷𝑨𝑹𝑨𝑮𝑶𝑵
𝑯𝒐𝒕𝒆𝒍 𝑮𝒓𝒂𝒏𝒅 𝑷𝒂𝒓𝒂𝒈𝒐𝒏 𝑱𝒐𝒉𝒐𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒓𝒖
🔎 𝙽𝚘. 𝟷𝟾, 𝙹𝚊𝚕𝚊𝚗 𝙷𝚊𝚛𝚒𝚖𝚊𝚞, 𝚃𝚊𝚖𝚊𝚗 𝙲𝚎𝚗𝚝𝚞𝚛𝚢,
𝟾0𝟸𝟻0 𝙹𝚘𝚑𝚘𝚛 𝙱𝚊𝚑𝚛𝚞
📆 𝑇𝑎𝑟𝑖𝑘ℎ: 13 𝑀𝑎𝑐 - 8 𝐴𝑝𝑟𝑖𝑙 2024
⌚ 𝑀𝑎𝑠𝑎: 7 𝑝𝑚 - 10 𝑝𝑚
💵 𝐻𝑎𝑟𝑔𝑎: 𝐷𝑒𝑤𝑎𝑠𝑎 𝑅𝑀155 𝑛𝑒𝑡𝑡, 𝐾𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑘𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑅𝑀75 𝑛𝑒𝑡𝑡 (5 - 11 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛), 𝑊𝑎𝑟𝑔𝑎 𝐸𝑚𝑎𝑠 𝑅𝑀110 𝑛𝑒𝑡𝑡 (55 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠)
📞 07-2685222 07-2685333
📨 𝑖𝑛𝑓𝑜@𝑔𝑟𝑎𝑛𝑑𝑝𝑎𝑟𝑎𝑔𝑜𝑛ℎ𝑜𝑡𝑒𝑙.𝑐𝑜𝑚.𝑚𝑦
🌎 𝑤𝑤𝑤.𝑔𝑟𝑎n𝑑𝑝𝑎𝑟𝑎𝑔𝑜𝑛ℎ𝑜𝑡𝑒𝑙.𝑐𝑜𝑚.𝑚𝑦