Uniknya Berbuka Puasa di The Rock Stone Grill, Eco Galleria I Kalau cakap pasal makan berbuka puasa di luar, golongan mak-maklah yang paling gembira kan. Haritu Juju dan keluarga berbuka menu lain sikit daripada yang lain. Eh! bukanlah lain sangat pun, cumanya cara penyediaan menu tu istimewa sedikit. Balik-balikkan je makanan tu atas batu. Yes, betul. Konsep dekat kedai ni kau still kena masak jugak. Alah, bukan masak yang bersusah-payah tu.
Apa? Balik-balik atas batu? Ha, kalini Juju bawa keluarga Juju berbuka puasa di The Rock Stone Grill, Eco Galleria, Johor Bahru. Sesuailah dengan nama kedai kan, restoran ni menyajikan sajian barbeku yang di panggang di atas batu sepanas 400°c. Uishh! Panas betul tu.
Bagi menu pula, Juju order hidangan yang cukup untuk 3 orang makan. Tak naklah membazir nanti kan. Kalau ikutkan nafsu puasa memang macam-macam nak di order nya. So Juju pilih set untuk 2 pax iaitu Meat & Seafood Combo F. Set ni berharga RM95.90. Dalam set ni ada boneless lamb leg dan thai style chicken chop. Untuk seafood pula ada udang, sotong dan scallop. Dua-dua set ni datang dengan kentang goreng, salad kobis, jagung dan sos.
Walaupun nampak macam sikit je meat tu, tapi memang kenyang ya makan bertiga. Tu pun paksa diri habiskan. Sayang oi. Ayam tu sedap betul. Nampak macam ayam yang tak diperap. Tapi sebenarnya dia dah diperap dengan perapan istimewa. Semerbak bau dia masa grill dekat atas batu tu.
Scallop, udang dan sotong tu sangat fresh ya. Cicah pula dengan sambal istimewa dia. Memang padanan yang mantap. Batu tu pula memang tahan lama panasnya. Jadi makanan kami sentiasa panas. Bila dah lama-lama tu taklah panas sangat macam masa mula-mula dia sampai. Tapi dia tahanlah sampai korang habis makan.
Selain tu Juju order juga Salmon Garlic Tomato Pasta (RM19.90). Pasta untuk Yash, salmon untuk Juju. Hehe, Yash tak makan seafood, tapi dia nak pasta. Jadinya Juju makan salmon yang ada dalam pasta tu. Sedap ya pasta dia. Cukup rasa semuanya.
Untuk snack, Juju order fruit mayo popcorn chicken (RM19.90).Menu ni kiranya kau makan ayam popcorn tapi versi next level punya. Sebabnya dalam popcorn ni ada buah mangga. Memang sedap combination masin ayam popcorn dan manis buah mangga tu.
Dekat sini ada juga side dish buffet. Cuma tambah RM6.90/pax korang dah boleh nikmati nasi goreng butter, mashes potato, tom yam soup, salad spageti, mayo potato salad, cherry tomato salad, buah dan cereal. Bahagian ni free flow ya. Ambillah berapa kali korang nak ambil. Yang penting makan habis. Juju suka mashed potato dia. Sedap betul. Dua kali Juju repeat.
Untuk minuman pula, Juju order Mojito (RM10.90), Yash order ice dark chocolate (RM9.90) dan adik Juju order chocolate smoothies (RM13.90). Eh! Takkan tu je kan. Selalunya bulan puasa ni memang haus air manis je. Ihiks.... Dan sebagai penutup pada hari itu, Juju order mix fruit yogurt milk snow mountain dessert (RM19.90). Snow mountain ni dihidangkan sekali dengan dry ice. Berkepul-kepul asap keluar. Memang syok habis.
Kalau ada yang tertanya-tanya kedai ni halal ke tak, jawapannya diorang belum dapat sijil halal kedai lagi. Tapi daging yang diorang gunakan semuanya dibeli daripada supplier yang halal. Buktinya? Diorang dah tampal sijil halal tu dekat pintu masuk. So, korang boleh makan tanpa was-was okeh.
Dan kalau korang nak celebrate birthday, korang bolehlah buat surprise birthday dekat sini. Boleh berkomplot dengan staf untuk bawakan board birthday dan nyanyikan lagi birthday lagi. Juju dah kena haritu. Kemain kuat lagi dorang nyanyikan lagu birthday ya. Malu i. Muahahahahaha. Dan yang bestnya, untuk dapatkan free birthday ferris wheel, korang perlu tunjukkan ic, bukti birthday korang dalam minggu yang korang datang makan tu ataupun bawa kek untuk celebrate birthday. Banyak juga makanan dalam ferris wheel tu. Berbaloi. (Tertakluk terma dan syarat)
Untuk maklumat lanjut:
The Rock Stone Grill
🚩3, Eko Galleria, A0111, Blok A, Persiaran Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor