Cerita Raya 2024

Kasih Juju
Cerita Raya 2024

Cerita Raya 2024 I
Eh! Dah habis raya baru ada mood nak story pasal raya ek? Tak pelah, Juju cuma nak share kenangan raya 2024 Juju dekat sini. Raya tahun ni terasa kosong. Dah 6 bulan sejak arwah abah pergi tinggalkan kami sekeluarga, persiapan raya tu memang tak de rasa semangat langsung.

Baju Raya

Cerita Raya 2024

Baju raya pun Juju tak beli. Dah belek-belek dah baju di TikTok Shop dan Shopee, tapi mood nak membeli tu memang tak sampai-sampai. Korang tau tak bila Juju start beli baju raya? Dah 2 minggu naik kerja baru Juju ada mood nak beli baju raya. Tu pun Juju amik yang range harga RM50 ke bawah. Boleh buat pakai pergi kerja sekali. Lagipun Juju tengah aim nak beli gajet. So memang kena jimat-jimat sikit berbelanja.

Untuk baju raya Firash dan ayah dia pula, kebetulan Juju dapat job Kacax, makanya memang Juju beli baju raya diorang dekat Kacax jelah. Memang puas hati kualiti dan keselesaan. Basuh banyak kali pun still ok lagi bajunya. Juju ada juga tambah-tambah tshirt untuk Firash. Bujang tu kuat berpeluh, jadi memang kena standby tshirt untuk dia. Tu pun Juju beli dekat Sogo, KL. 

Trip ke SOGO, KL

Cerita Raya 2024

Eh! Bukan ke tadi takde mood nak buat persiapan raya? Ha mood memnag takde, tapi kalau bab travel memang Juju suka. Saja-saja je buat trip ke Sogo, KL. Bawa mak dan makcik Juju lahi 2 orang. Nak kan suasana je orang kata. Lagipun dah lama teruk Juju tak ke Jalan TAR. Rindu zaman bujang dulu. Rajin terjah Jalan TAR.

Mulanya Juju bagi cadangan je cari baju raya dekat Sogo, eh tetiba bila makcik berdua tu dapat tau diorang dah tanya-tanya bila nak pergi. Juju buat trip ni 1 malam je. Sume pergi solo je. Anak-anak tinggal. Pastu Juju sengaja plan pergi hari kerja. Ingatkan lengang sikitlah bazar Jalan TAR tu, rupanya perancangan Juju silap. KL cuti Nuzul Quran. Belah Johor tak ambil cuti Nuzul Quran. Kemai ramai umat manusia dekat Sogo dan Jalan TAR.

Masa check in hotel tu Juju dah cakap nak pegi Sogo pukul 5 untuk cop tempat duduk. Jarak hotel dengan Sogo sangat dekat. Walking distance je. Jadi kalau keluar pukul 5 should be ada seat lagilah. Tapi sekali lagi plan Juju tak menjadi. Penuh oi dekat food court Sogo tu. Mak pun dah kata lemas duduk kat Sogo.

So, tukar plan. Beli dekat food truck tepi hotel dan makan dekat bilik. Meriah juga food truck tepi hotel tu. Kami beli nasi ayam kunyit. Sedap kemain lagi. Sampai sekarang teringat-ingat. Malam tu lepas dah siap solat semua kami pun turun ke Jalan TAR untuk mencuci mata. Punya jauh tawaf, last-last beli tudung je memasing. Haha.

Besoknya pukul 10 pagi kami dah tercongok depan pintu Sogo, ha barulah rasa aman sikit nak shopping. Orang masih belum ramai yang serbu Sogo. Dapatlah grab tshirt 4,5 helai untuk Firash. Ngam pukul 12 terus check out dan balik ke Johor semula.

Kuih raya

Cerita Raya 2024

Kuih raya pula memang Juju tak beli langsung tahun ni. Yang ada dekat rumah tu pun yang Juju dan suami dapat je. Buat ada-ada je dekat rumah. Kalau tahun lepas gigih jugalah redah bazar Kluang cari kerepek raya. Tahun ni tak pergi bazar langsung. Fuh! Pecah rekod ni.

Sebelum raya mak buat juga burasak. Kalau sebelum ni arwah abah yang dok ikat burasak tu. Sebab nak bagi ketat kena guna tenaga sikit, kalau tak dia akan peroi dalam periuk. Nak kena rebus 8 jam kan. Kalau ikat tak ketat memang terburailah segala isi burasak tu dalam periuk.

Gambar raya pun malam tu baru amik. Siangnya Juju migren. Hadoi memang spoil ek raya tahun ni. Tahun ni turn belah Juju. Memang terasa suramnya suasana raya tu. Tapi adik Juju yang lelaki ni bijak mengawal suasana. Dia jemput geng marhaban datang rumah.

Marhaban Raya

Cerita Raya 2024

Rupanya setiap tahun memang ada geng marhaban baraan lepas solat sunat raya. Cuma arwah abah tak pernah join sebab dia penat nak baraan dari satu ruma ke satu rumah. Kami jamu tetamu yang datang dengan burasak. Alhamdulillah, meriah rumah raya pertama. Kalau tak memang aktivitinya tidur ajelah. Hehe.

Lepas dah siap baraan dekat rumah, dak Yash ikut pulak pakcik-pakcik ni baraan ke rumah yang lain. Seronok dia kumpul duit raya. Sekejap je dapat kawan baru. Memang first tiem dia join baraan kat kampung Juju ni. Kalau belah suami memang tiap kali raya kami join. Syok tau.

And last sekali, tadi Juju bitau beli baju raya masa raya kan. Kisahnya Juju tak sempat pun pakai baju raya tu. Sebabnya Juju akan kongsikan dekat next entri ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

P/S: Baju raya tu simpan untuk raya haji nanti aci tak?