Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Kasih Juju
Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru
Photo credit to https://www.sislin76.com/

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru I Korang, dalam banyak-banyak senarai hotel untuk iftar nanti, korang kena masukkan sekali Holiday Villa ni tau. Kalau korang pernah menginap dekat sini, mesti korang pernah makan buffet sarapan dia. Kemain meriah ya. Itu baru sarapan pagi tu. Ha, cuba bayangkan kalau korang datang buffet ramadan. Confirm kenyang menyandar.

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Antara menu yang didatangkan khas dengan periuk dan kuali, dah tentulah patin tempoyak, siput sedut masak lemak dan telur itik masak lemak. Memang seperiuk besar dia bawak ya. Tu tak termasuk lagi dengan pelbagai gorengan mi kuali. Sekuali penuh chef masakkan secara 'live' untuk korang nanti.

Menu yang peling menarik perhatian dah tentulah nasi beriyani dan kambing panggang. Tu dia kambing panggang memang sengaja dibiarkan atas meja tinggi. Biar tetamu yang datang nampak dekat mana kedudukan kambing ni nanti. Disebabkan chef bakar panas-panas, tak bolehlah buat dalam hall, kena buat dekat balkoni. Sama jugalah kisahnya dengan mi kuali tadi. So korang kena make sure korang pergi terjah dekat bahagian sebelah luar.

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Kalau dah namanya hotel dekat Johor, menu wajib Laksa Johor kenalah ada. Laksa Johor dekat sini memang power tau. Wajib ambil. Peminat nasi Kak Wok kena cuba nasi kak wok dekat sini. Sambal dia kemain teringat-ingat. Menu ikan bakar pun ada juga dekat sini.

Pelbagai pencuci mulut dan air-air yang menyegarkan pun ada dihidangkan. Cumanya korang jangan minum air banyak sangat di awal buka puasa tu. Karang dah mengah nak makan yang lain. Kena sabar dulu. Last sekali baru korang cari air. Walaupun pilihan air tu memang menggoda, korang kena sabar. Makanan lain banyak yang menanti. Hehe.

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Sentuhan Nostalgia Ramadan, Buffet Ramadan Holiday Villa Johor Bahru


Kalau korang datang pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, ada emcee Embun yang akan bersama-sama menghiburkan korang. Embun ni sangat peramah ya. Habis semua orang ditegurnya. Meriah weh. Sambil makan layan live band dari Rizqy Muzika Entertainment. Aduh... Syahdu betul.

Untuk tempahan, boleh call nombor yang tertera di bawah:

SENTUHAN NOSTALGIA RAMADAN
Holiday Villa Johor Bahru City Centre
4 - 29 Mac 2025 I 6.30pm - 10.00pm I Fern Pine Cafe @ 9th floor

Early Bird Promo RM145/nett
(24 Jan - 28 Feb 2025)

Adult RM188/nett
Senior citizen RM118/nett
Child (5-11y/o) RM88/nett

LUCKY DRAW ENTRY FOR EVERY DINER

Holiday Villa Johor Bahru
🏡 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 
80250 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

☎️ 07-2903367 / 016-6794278