Buka Puasa di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Kasih Juju

Buka Puasa di Hard Rock Cafe Puteri Harbour I Kepada peminat-peminat Hard Rock Cafe, bulan puasa nanti korang boleh berbuka dekat cafe kegemaran korang ni tau. Dekat sini kalau korang cari makanan secara buffet memang takde lah kan. Tapi konsep dekat sini adalah secara hidang ikut jumlah pax. Harganya nanti Juju akan kongsi dekat akhir entri blog ini.

4-course Set

Untuk 4-course set, menu yang akan dihidangkan adalah:
Pilihan appetizer:
Spicy Sambal Shrimp
Loaded tater tots

Pilihan menu:
Roasted ayam percik
BBQ sauce chicken wings
Speciality local beef rendang
Kambing Tarik mini burger

Nasi nenas dan acar jelatah

Pencuci mulut - mini brownie
   

   

8-course Set

Bagi pilihan 8-course set pula, korang akan dihidangkan semua yang Juju dah senaraikan dekat atas ni. Semuanya sedap tau. Sambal udang tu biasanya kita buat lauk kan, dekat sini boleh makan macam tu je. Memang padu kombinasi udang dan sambal tu.

Mini burger kambing tu pun sedap. Ayam percik uish senang kata semua makanan sedaplah. Sambil makan sambil dengar live band, Fuh, memang suasana dekat sini intimate ya. Makan tenang-tenang orang kate.


Mocktail Sundown

Untuk air pula, ada 4 jenis air special Hard Rock Cafe bawakan untuk korang buka puasa nanti. 
Chili lime pineapple
Strawberry basil lemonade
Cucumber mint lime press 

Air ni semua rasa dia refreshing tau. Lagi-lagi yang cili tu. Pedas dia datang hujung-hujung je. Bukannya pedas macam makan tomyam tu tau. Sedap airnya. Wajib cuba.

Dekat sini ada juga air teh tarik. Lain ya rasa teh tarik dekat sini. Mungkin vibes Hard Rock kot. 

   

Untuk maklumat lanjut:
𝐒𝐲𝐦𝐩𝐡𝐨𝐧𝐲 𝐒𝐞𝐧𝐣𝐚 𝟐.𝟎
Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Pinetree Hotel
Lot 2-B2 Lot2-B2 Residensi & Hotel Marina Resort 
Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri Puteri Harbour, 
79100 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim

7th - 29th March 2025 I 6pm - 10pm
4 Course Set RM88++/pax (Min. 2 pax)
8 Course Set RM350++/group of 4

𝑴𝒐𝒄𝒌𝒕𝒂𝒊𝒍 𝒂𝒕 𝑺𝒖𝒏𝒅𝒐𝒘𝒏
🌶️Chili Lime Pineapple
🍓Strawberry Basil Lemonade
🥒Cucumber Mint Lime Press
RM98++/jug (Serving of 4)

𝑩𝒆𝒗𝒆𝒓𝒂𝒈𝒆 𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍𝒔
🍵Teh Tarik RM8++

𝑬𝒂𝒓𝒍𝒚 𝑩𝒊𝒓𝒅 𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍
Book before 5th March to enjoy exclusive pricing!
4 Course Set RM78++/pax (Min. 2 pax)
8 Course Set RM300++/group of 4
Untuk tempahan, sila hubungi:
☎️ +607 276 9999
📲 +60 13 778 6360