Beli Baju di Butik KACAX boleh Menang Motor RXZ I Korang, Juju rasa tak terlalu awal sangat Juju nak share dengan korang pengalaman Juju beli baju raya dekat Butik KACAX kan? Almaklumlah, sebagai seorang yang makan gaji, ditambah pula dengan bonus yang dah masuk, tak salah rasanya Juju nak buat persiapan raya awal kan? Kan? Kan? Dah tu takkan Juju sorang je kena buat persiapan awal? Korang pun kenalah follow Juju jugak.
Bersempena dengan duit bonus yang dah masuk, Juju pun ajak si Firash ke Butik KACAX di Angsana Mall, Johor Bahru. Kalau korang nak tau, kedai KACAX ni ada juga dekat Uda Bussiness Centre. Tapi Juju lebih memiluh untuk ke Angsana sebab dia Mall kan. Boleh makan dan cari barang keperluan lain dekat situ juga.
Kalau korang baca entry Juju tahun lepas, Juju dah pernah beli sekali dekat sini. Alang-alang suami dan si Firash dah selesa dengan KACAX, makanya Juju pun decide untuk beli baju raya diorang dekat KACAX je. Walaupun masa Juju sampai ni belum masuk bulan puasa, tapi butik dia sentiasa meriah dengan pelanggan ya. Meriah betul. Rupanya diorang pun buat persiapan awal. Lebih-lebih lagi warga Singapura. Alasannya beli awal banyak saiz lagi. Ye tak ye jugak. Masa Juju pilih-pilih saiz pun masih banyak lagi. Jadi tak salahlah Juju buat persiapan awal. (Statement nak sedapkan hati 😁)
Kenapa kena beli baju jenama KACAX?
Ini antara sebab kenapa Juju suka beli baju jenama KACAX:
- Design kurta terkini - Pemilik KACAX sentiasa inginkan kelainan dan keselesaan pemakainya. Jadi dia sentiasa berinovasi dengan rekaan-rekaan kurta keluaran KACAX agar seiring dengan perkembangan fesyen semasa.
- Plain dan textured - Juju suka tengok variasi kain yang dipamerkan. Ada yang kosong je. Ada juga yang bertekstur. Maksud tekstur dekat sini bukanlah corak yang terlalu menonjol. Tapi corak yang sesuai digayakan oleh kaum lelaki.
- Kurta berpoket - Yang ni paling Juju suka. Eh! Bukan Juju je suka, rupanya suami Juju pun suka. Juju fikir bila ada poket ni senanglah si Firash nak simpan duit raya ataupun telefon bimbit dia dekat poket tu. Bagi suami Juju pula, senang nak simpan kunci motor katanya.
- Zip di tepi baju - Kalau baju orang perempuan, fungsi zip tu untuk mak-mak breastfeed. Tapi bagi kaum lelaki, mereka kata senang nak longgarkan bahagian perut. Maklumlah, baju sekarang semuanya cutting fit.
- Staff peramah - Adik-adik sales dekat sana sangat peramah ya. Lembut je menyapa Juju dan Firash. Bila Juju kata Juju nak ambil masa untuk tinjau-tinjau dulu sopan je bagi laluan. Senang kata memang lurve lah servis dekat sana.
'KACAX: MENANG RXZ'
Dan part yang paling best sekali, tahun ni KACAX dengan berbesar hati mengadakan cabutan bertuah 'KACAX: MENANG RXZ'. Fuh motor rare ni. Memang sedang menjadi kegilaan sekarang ni. Maklumlah, benda dah tak de jual kat kedai. Siapa yang ada motor ni memang taulah vibes dia cemana.
Syarat penyertaan
Untuk menyertai cabutan ini, syarat dia mudah je:
- Beli mana-mana produk KACAX atau JAMILAH berjumlah RM50 ke atas dalam satu resit.
- Tempoh pembelian bermula 1 Februari 2025 hingga 31 Julai 2025
- 1 resit = 1 penyertaan
- Boleh hantar lebih dari 1 penyertaan
- Gambar resit bayaran yang jelas.
- Scan qr yang dicetak di resit.
Hadiah yang ditawarkan
Dan hadiah dia:
- Hadiah Pertama: Motosikal Yamaha RXZ x 1 pemenang
- Hadiah Kedua: Motosikal Yamaha RXZ x 1 pemenang
- Hadiah Saguhati: Barangan Elektrik x 3 pemenang
Outlet & Booth
So, korang yang belum cari baju raya lagi tu cepat-cepatlah serbu KACAX dan JAMILAH okkay. Kalau dekat Angsana tu butiknya selang 1 kedai je. Bulan puasa nanti ada banyak juga booth yang di buka. Boleh refer dekat list bawah ni.
📌Butik KACAX,
🌍Level 3, Angsana JB Mall.
📌Butik KACAX
🌍Jalan Padi Emas , Uda Business Centre (UBC)
📌Booth Promo KACAX
🌍Angsana
- E2/54 & E2/55
- E2/1 & E2/2
- P3/9 & P3/10
🌍B5 Street Market
- BUTIK KACAX
GA3 & GA4
- BUTIK JAMILAH
SB13,SB14,SB16,SB17
🌍@mart Kempas
- BUTIK KACAX
B05 &B06
- BUTIK JAMILAH
B11 &B12



