Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Kasih Juju
Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru l Hai korang, so pembukaan entri tahun ni Juju mulakan dengan ramadan review lah ea. Aci tak? Hehe macam dah lama Juju tak menaip dekat blog ni.

Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Untuk permulaan ni, Juju nak share dengan korang sajian yang diketengahkan di Santapan Rasa Paragon. Ada lebih daripada 100 menu yang ada. Seperti kebiasaannya, kalau dah nama buffet ramadan wajiblah ada bubur lambuk. Dan yang paling penting sekali wajiblah kena ada kambing golek. 

Menu istimewa tahun ini

Kalau korang nak tau, tahun ni Grand Paragon Hotel menampilkan 8 sajian istimewa iaitu:
  • Kambing panggang kuzi bersama nasi kabsha dan telur rebus safron
  • Siakap goreng sos thai la pad prik dan epal asam boi
  • Lamb chop bakar sambal getuk merah
  • Ketam goreng bercili
  • Ayam bawang goreng
  • Udang bakar cheese bawang putih bersama sos krim nenas
  • Siput sedut masak lemak cili padi belimbing buluh
  • Kari kepala ikan kerala
  • Kerang sambal
Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor BahruBuka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru 

Selain hidangan utama, ada juga sate ayam, sate daging, Penang char kuay teow kerang, sup utara berempah, lok-lok Melaka bersama sos kacang nyonya, Pizza oriental masak lemak & rendang, shawarma daging, roti turkey bersama daging keema, Paragon rojak buah & tahu bakar, pelbagai ulam-ulaman, sambal serta salad.

Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor BahruBuka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru Buka Puasa di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Pelbagai jenis minuman

Untuk air pula, berderet air minuman yang menyegarkan yang boleh dipilih. Antaranya teh hijau thai bersama jeli, air batu campur, lai chee kang, milo, jus tembikai, yogurt anggur, jus tembikai dan air mata kucing. Air panas pun ada juga tau. Ada teh tarik, kopi kampung, dan teh panas.

Apalah ertinya buffet ramadan tanpa pemanis mulut kan. Antara tarikan utama dan yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya durian goreng. Wajib ambil okeh. Ada juga kuih-muih tradisional, aneka kek, bubur, pengat dan macam-macam lagi.

Surau

Bagi keselesaan tetamu yang nak menunaikan solat sepanjang bulan ramadan ini. surau yang luas telah disediakan di Aras 3 bagi surau lelaki dan Aras M untuk surau perempuan.

Pakej Bilik Eksklusif Ramadan

Kalau korang berhasrat nak tidur dekat hotel ni masa bulan ramadan nanti, pihak hotel ada juga menawarkan pakej bilik termasuk buffet ramadan dan sahur.
  • Pakej bilik RM510.00 nett - Penginapan di bilik Deluxe 2 hari 1 malam termasuk buffet sarapan atau sahur serta buffet ramadan untuk 2 orang dewasa
  • Lanjutan penginapan: RM240.00 nett untuk 2 hari 1 malam. (Termasuk sahur untuk 2 orang dewasa)
  • Pakej bilik berlangsung dari 20 Februari 2026 hingga 19 Mac 2026
  • Harga tidak termasuk cukai pelancongan RM10.00

Harga buffet ramadan

  • RM160.00 dewasa
  • RM80.00 kanak-kanak (5 hingga 11 tahun)
  • RM115.00 warga emas (60 tahun ke atas)

  • Early bird : RM130.00 dewasa (Beli sebelum atau pada 16 Februari 2026)
  • Tawaran Eksklusif minggu pertama ramadan : RM115.00 dewasa - sah dari 20 hingga 22 Februari 2026, terhad kepada 50 orang sehari.

Review Juju

Kalau korang perasan, Juju memang tak akan miss ke Grand Paragon Hotel untuk berbuka puasa. Bukan sahaja hidangan yang disediakan kena dengan tekak Juju, malah hotel ni merupakan salah satu hotel yang mempunyai sijil halal yang disahkan oleh JAKIM tau. Boleh makan tanpa was-was.

Menu pertama yang Juju ambil adalah sup utara urat campur daging sikit. Makan pulak dengan bihun. Fuh memang sedap betul. Urat kenyal-kenyal tu memang sedap mengunyah. Selain tu Juju try juga roti turki cicah daging keema. Fuh feeling-feeling dekat Bukit Bintang wey. Pair pulak dengan shawarma. Memang kelangit pergi dia.

Menu seafood pun tak mengecewakan tau. Kari kepala ikan tu Juju ratah je. Kemain bau kari melekat kat tangan. Ketam cili dengan udang bakar cheese memang wajib ambil tau. Lagi-lagi udang tu. Sekejap je habis. Tak dan nak ulang second round. Hehe..

So cepat-cepat masuk booking sekarang untuk dapatkan harga early bird. Maklumat lanjut boleh telefon nombor kat bawah ni ya. 

📍Cafe Para Para | Level G (Waze / Maps Grand Paragon Hotel, JB)
🗓️ 20 Feb hingga 19 Mac 2026
🕣 7pm to 10pm
📞 016-733 7363 | 607 268 5255