Bercuti ke Hanoi Sapa, Vietnam Hari Pertama

Kasih Juju
Hai semua.

So harini Juju nak share pengalaman Juju bercuti ke Hanoi dan Sapa, Vietnam. Untuk percutian kali ini, Juju tak DIY ya. Juju guna travel agent. Masa pilih travel agent pun Juju tawakkal je. Minta-minta tak kena scam. Trip kali ni Juju pergi dengan 2 orang kawan dan mak Juju.

Travel Agent

Untuk travel agent, Juju pilih Zhaf Travel & Tours. Lepas bayar deposit baru tergerak nak skodeng travel agent ni legit ke tak. Haha, punyalah random je Juju pilih. Mujurlah tak kena scam.

Juju gerak dengan mak dari Johor dan singgah ke rumah kakak sepupu di Labu Lanjut. Dah kebetulan ada saudara yang dekat dengan KLIA, maka kita kenalah gunakan kesempatan yang ada. Kalau korang nak tau, dekat area rumah sepupu Juju ni, ramai je yang buat perkhidmatan tempat letak kereta. Semurah RM10/malam.

Juju tengok banyak je kereta yang parking. Kalau nak dibandingkan dengan parking berbayar di KLIA, mungkin korang boleh consider parking dekat area Labu Lanjut ni. Tapi Juju tak boleh nak jaminlah keselamatan kereta korang tu.

 

Okeh berbalik pada cerita percutian Juju. Flight kitorang masa tu pukul 12.30 tengahari, jadi jam 9 pagi kami dah berkumpul di KLIA2. Semua urusan check in dan luggage diuruskan oleh Faizal merangkap tour guide kitorang sepanjang 5 hari di Vietnam. 

Oh ya! Pakej yang Juju ambil ni RM2150 per pax. Bayaran ni termasuk:
  • Penerbangan Pergi Balik
  • 7kg Hand Carry
  • In Flight Meals
  • Hotel + Sarapan Berat
  • Private Transportation
  • Tour guide berpengalaman
  • Semua tiket lawatan:-
  • Fansipan Peak
  • (Termasuk: 2x Monorail , 2x Cable Car, One way monorail to peak)
  • ⁠Moana Sapa
  • Cat Cat Village
  • Alpine Coaster 2.0 [New Attraction]
Yang menariknya Zhaf Travel ni kita boleh bayar ansuran. Jadi taklah rasa sesak sangat nak bayar selepuk cemtu.


Hari Pertama

Untuk hari pertama, penerbangan memakan masa selama 3 jam. Kalau korang nak tau, waktu di Vietnam lambat 1 jam. Dan kalau korang nak tau juga. imigresen di Lapangan Terbang Hanoi memang sangat padat ya. Lebih kurang sejam lebih juga Juju beratur untuk sampai ke imigresen. Bertabah jelah ya.

Roasted Chicken ni sedap. Silalah cuba. Makanan dalam flight dah termasuk dal;am pakej.

Lepas selesai urusan di imigresen, kitorang naik bas pula untuk ke Sapa. Sapa ni lebih kurang macam Cameron Highland la kalau kat Malaysia. Tapi of course lah Sapa jauh lebih cantik. Untuk pakej ni bas yang disediakan adalah mini bus yang muat untuk 20 orang. 

Perjalanan dari Lapangan Terbang Hanoi ke Sapa memakan masa selama 6 jam dengan 2 kali berhenti. Yang bestnya tandar RNR dekat sini semua ada paip air ya. Mak masuk korang kena sediakan 3000vnd. Lebih kurang 50sen duit kita. Malangnya dekat RNR ni tak disediakan makanan halal. Yang boleh beli hanyalah buah-buahan sahaja. Peniaga dekat RNR ni pun pandai juga cakap melayu sikit-sikit. 


Contohnya dia bitau buah tu manis disebutnya 'manit', kalau masam disebutnya 'asam'. Haha, kira oklah kan. Boleh juga faham. Tapi buah mangga kat sana semuanya manis-manis ya. Ni semua pengaruh mak Juju. Orang tua kan memang suka beli buah. Buah nenas pun manis betul kat sana.


Ada 1 budaya atau culture dekat sana yang buat Juju terkejut. Dia bukan budaya atau culture sebenarnya. Cemane nak cakap ek? Lampu kenderaan dekat sana. Punyalah terang benderang lampu dia. Kalau lori atau bas tu memang meriah dengan lampu spotlight dia.

Okeh, sesampainya dekat Sapa dah pukul 9.30 malam. Faizal memang dah bagitau awal-awal sebelum bergerak ke Sapa minta sediakan makanan kembara atau megi sebab waktu sampai di Sapa nanti kebanyakan kedai makan halal dah tutup. 

Di Sapa cuma ada 5 je kedai makanan yang halal. Jadi memang Juju dah stenbai sesiap megi dengan makanan ready to eat tu. Tinggal isi air je. Dah canggih ek inovasi makanan ready to eat sekarang. Ke Juju je yang dah jarang travel jauh-jauh. Entahlah ek.

Sapa Villa Florence 

Untuk hari pertama ni memang kami tak kemana pun. Disebabkan sampai pun dah malam, kami just bersihkan diri dan makan je. Lepas tu tidur. Hotel pula sepatutnya kami menginap di Sapa Emerald Hotel, tapi hotel tu tengah renovate pula, jadi travel agent tukar ke Sapa Villa Florence. Cantik juga bilik hotelnya. Boleh tengok gambar dekat bawah ni ya.

  

Okeh itu saja coretan untuk hari pertama. Jumpa lagi di entri yang selanjutnya. Bye bye.