Bercuti ke Hanoi dan Sapa, Vietnam Hari Kedua l Untuk hari kedua ni, seawal jam 7.15 pagi kami dah sarapan di hotel. Untuk makanan di hotel ni memang tak halal ya. Yang boleh di makan hanyalah buah dan telur rebus sahaja. Faizal kata untuk sarapan jangan risau. Dia dah order di Restoran Hajah Hawa. So pagi tu kami disajikan dengan Bhan Mi. Salah satu makanan yang famous juga di Sapa ni. Dia macam kau makan roti bagel tapi ade isi ayam dan salad kat dalam tu.
(Baca sini entri hari pertama: Bercuti ke Hanoi dan Sapa, Vietnam Hari Pertama)
![]() |
| Mother dan Bhan Mi |
Cat-Cat Village
Okeh destinasi pertama harini ini adalah Cat-Cat Village. Kalau korang nak tau, nama Cat-Cat Village ni diambil bukanlah sebab banyak kucing dekat kampung ni. Tapi berasal daripada orang Perancis yang nampak ada air terjun dekat sini. Dalam bahasa Perancis, air terjun tu disebut 'Catscat'. Dan sehingga kini nama tu masih digunakan.
Kami sempat tukar baju mengikut kebudayaan diorang di kedai sebelum masuk ke Cat-Cat Village. Baju yang Juju pakai ni harganya 200,000vnd dalam RM30.00. Harga baju bergantung pada baju ape yang kita nak pakai termasuk aksesori. Siap boleh make up lagi tau. Percuma sahaja.
Harga tiket masuk ke Cat-Cat Village ni adalah lebih kurang 80,000vnd lebih kurang RM12.50 je. So dari pintu masuk, korang kena turun lebih kurang 300 anak tangga sebelum sampai ke kawasan air terjin. Fuh, mencabar juga ya berjalan dengan baju ni sambil turun tangga. Dengan keadaan hujan masa tu. Sambil turun sambil mengeluh. Tapi bila dah sampai bawah memang tergamam masing-masing. SubhanAllah cantik sangat tempat ni.
![]() |
| Ni sebahagian tangga |
Siapa sangka dengan turun tangga je korang boleh dapat view yang cantik macam dalam gambar dekat bawah ni kan. Walaupun hari hujan, kitorang redah je. Hujan dia tak lebat pun, masih boleh layan lagilah. Dekat sini kami bergambar puas-puas. Lepas tu tengok persembahan kebudayaan pula dalam dewan.
Lepas tu kami mendaki semula tangga untuk ke pintu keluar. Juju tak kira pula berapa anak tangga yang kami kena daki masa perjalanan nak keluar ni. Yang pastinya tak sebanyak masa turun tadi. Dia macam 'Eh! Dah sampai atas!' Ha macam tu. So, dari atas ni kami naik buggy pula untuk ke pintu masuk yang awal tadi.
Lunch Di Restoran Hajah Hawa
Dah pulang semula baju yang kami pinjam tadi kami terus naik bas dan bergerak ke Restoran Hajah Hawa untuk makan tengahari. Untuk makan tengahari memang tak masuk dalam pakej. So makan tengahri kami berempay masa tu dalam 600,000vnd + + bersamaan dengan RM100.00. Quite murah jugalah kalau dibahagi dengan 4 orang.
Kami makan goreng-goreng je masa tu. Memang semua lapar nasi. Tak ambil pula gambar makanan dekat sini. Masa mula sampai tu memang penuh orang Malaysia je. Meriah eh Sapa dengan orang kita. So dekat sini kami lunch dan solat. Tapi Faizal kata kita sempat sampai hotel sebelum habis waktu Asar, jadi kami tak solat pun sebab semua dah lencun kena hujan tadi kan.
Alpine Coaster, Sapa
Lepas makan kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Alpine Coaster. Ha Alpine Coaster ni lah video dia dok lalu lalang dekat feed TikTok Juju. Rasa cam seram nak naik sorang-sorang. Tapi peluang nak datang Sapa entah ada lagi ke tak kan. Jadi Juju join je.
![]() |
| Zero Visibility |
Harga untuk main ride ni 200,000vnd je. Dalam RM31.50 duit kita. Kalau nak main 2 kali cuma tambah lagi 100,000vnd. Peraturan main ride ni berat mestilah tak lebih 140kg. Kalau nak pegang phone apa-apa jadi dekat phone tu diorang takkan bertanggungjawab. Yang lain-lain just enjoy jelah ya. Ada juga disediakan loker untuk simpan barang. Percuma je.
Masa ni mak naik dengan Melor sebab diorang berdua je yang tak lebih 140kg. Jangan tanya berat Jujulah ya. Berat mata memandang, korang sambunglah sendiri. Muehehehehe.
Dekat ride ni ada 2 spot camera. Dia siap sediakan speaker untuk stand by sebab dah dekat dengan tempat nak amik gambar tu. Makanya Juju pun senyum jelah walaupun tau tak nampak ape pun view dekat belakang. Oh ya! Masa ni memang sangat foggy. Memang tak nampak trek dan pemandangan. Sebab tu masing-masing berani naik coaster ni.
Moana Sapa
Lepas Alpine Coaster, kami bergerak pula ke Moana Sapa. Sini banyak spot untuk ambil gambar. Tapi masa ni cuacanya camtulah. Berkabus tak nampak pemandangan pun. Tapi kami tetap enjoy. Dekat sini dapat kopi percuma. So bila dah explore semua tempat bolehlah ngopi-ngopi pula.
Cumanya kopi dekat sini kurang kick macam dekat Ho Chi Minh. Tapi still sedap juga. Kita pulak memang puasa kopi seminggu semata nak minum kopi Vietnam. Haha, terlebih kafien dah.
Sapa Market
Destinasi terakhir untuk hari ini adalah Sapa Market. Pasar sini tutup pukul 5.00 petang. Dia macam pasar payang tu ha konsep dia. Bawah meniaga souvenir, tingkat atas pulak meniaga baju-baju.
Juju beli souvenir dekat sinilah murah-murah. Mak siap beli selipar sebab kasut still lembab ya kena air masa dekat Cat-Cat Village tadi.
Dekat pasar ni banyak jual buah-buahan kering. Ada jugak pelbagai jenis teh bunga. Yang peliknya ada juga jual serangga yang dah di keringkan. Ada 1 kedai tu Juju rasa tupai kot yang dia keringkan. Tapi dia dah campur dengan akar-akar kayu untuk buat air rasanya. Heh loya tekak bila terbayang. Sanggup cari kedai yang takde jual serangga atau binatang kering tu.
Ada juga teh bunga dah siap pack kecil-kecil. Kacang-kacang pun ada juga. Tapi kena beli kacang yang disangai kosong je tanpa minyak.
Dekat sebelah luar Sapa Market ni ade je yang jual buah-buahan. Mak Juju dan kawan Juju yang namanya Melor tu laju je ngajak tengok-tengok buah. Adeh, memang tak boleh berpisah dengan buah ya diorang ni. Siap je shopping kami terus balik ke hotel.
Sapa Banana Leaf
Untuk makan malam pula, kami dibawa ke restoran ala-ala mamak macam tu. Ha makan kat sini kitorang macam frust sikit. Kami order menut set yang boleh makan 4 orang. Ada ikan goreng, ayam, sayur. Frustnya bila ikan sampai, dia bagi part yang dekat bahagian insang tu. Adelah besar tapak tangan ikannya. Sayur pulak patutnya kangkong goreng bawang putih, tapi yang sampai kobis goreng. Eh frustnya. Set ni harganya 555,000vnd. Bersamaan dengan RM87.00. Hmmmm... Redha jelah ya.
Lepas makan kami jalan-jalan pekan Sapa. Dapatlah tengok night life dekat sini. Meriah juga diorang berkumpul dekat tengah-tengah pekan sambil tengok orang nyanyi-nyanyi. Lepas tu Faizal bawa kami ke kedai yang jual windbreaker murah. Fuh, kedai ni memang banyak betul pilihan warna windbreaker dia ya. Tak memasal Juju pun teracun.
Lepas shopping tu kami balik ke hotel naik grab. Macam tak daya nak jalan jauh-jauh. Tapi dekat sini pukul 10.00 malam pun masih aktif lagi ya. Mungkin sebab ada kelab malam kot. Entahlah.
Okeh habis catatan untuk hari kedua. Nantikan catatan untuk hari ketiga pula.
.png)







