Bercuti ke Hanoi Sapa, Vietnam Hari Ketiga l Kembali kita ke hari yang ketiga pula. Okeh secara kasarnya, inilah kemuncak kepada percutian Juju kalini. Harini kami akan dibawa ke puncak tertinggi IndoChina iaitu puncak Fansipan. Fuh macam bermimpi pulakkan. Selama ni tak pernah terbayang pun akan sampai ke sini.
Aktiviti pertama kitorang dah tentulah sarapan dulu. Seperti semalamnya, harini kami disajikan dengan mihun goreng jer. Untuk menu hotel pula Juju ambil telur rebus yang belum dikupas dan juga buah-buahan. Kena makan buah lah korang supaya senang nak memerut nanti. Hehehe..
Baca sini:
Viettrekking Cafe
Lepas tu kami ke Viettrekking Cafe. Dekat sini kita boleh tengok funicular train yang menghubungkan pekan Sapa dengan kereta kable untuk naik ke puncak Fansipan. View dia SubhanAllah memang tak dapat dekat tempat kita ya. Lawa sangat. Dengan pemandangan bukit bukau, tetiba lalu ketapi merah di sebalik kehijauan tu. Memang satu pemandangan yang sangat cantik.
Untuk roti dan air minuman dekat cafe ni, Faizal kata semua boleh makan. Si Melor order juga kopi latte dia dengan roti croissant. Memang syok wei mgopi sambil layan keretapi merah lalu. Banyak giler gambar yang kami snap dekat sini. Semata nak tunggu ketapi merah tu lalu. Siap warning Faizal, dah amik gambar banyak-banyak ni jangan tak naik pulak.
Sun World Fansipan Legend
Lepas tu kami terus gerak ke Cable Car. Sebelum masuk ke kawasan Sun World tu macam biasalah, kena beratur dulu. Disebabkan hari Sabtu, pengunjung tempatan memang ramai ya. Suasana dia sama macam kita beratur dekat cable car Langkawi tu ha. Bezanya dekat sini orang dia suka tolak-tolak. Kita pulak golongan waniter yang lemah. Hahahaha....
Dalam Sun World ni ada banyak bunga cantik-cantik. Tempat sejuk. Kaktus tu dia buat pagar je. Kreatif dan lawa juga. So, kitorang bergambar sekejap dekat luar ni dan masuk untuk beratur untuk naik cable car pulak. Tapi sebelum tu kami membuang air dulu. Tandas dekat sini ada paip hokey. Faizal kata dekat atas tu tak de paip. So better buang siap-siap dekat sini.
Dekat cabler car ni pun kena beratur sekian panjang juga barisan dia. Tapi kami enjoy je. Mungkin sebab cuaca dia yang nyaman. Sabar je semua orang beratur. Dekat sini laju sikit beraturnya. Dan gondola cable car pun ada banyak dan besar. Satu gondola tu boleh muat dalam 25 orang.
Perjalanan dari Sun World ke Fansipan makan masa lebih kurang 20 minit juga. Merasalah hujan berangin masa dalam perjalanan tu. Berdebar-debar je hati Juju ni ha. Dengan pemandangan luar yang berkabus. Memang tak nampak apa.
Fansipan Peak
Bila sampai je dekat atas tu Faizal dah suruh semua pakai baju hujan. Oh ya! Baju hujan ni memang kami dah di suruh bawa. Jadi Juju stand by lah yang elok sikit. Dan yang penting mestilah warna pink. Juju tak sangka pula warna pink ni terang betul dalam suasana berkabus dan hujan. Haha.. Faizal kata okeh senang nak cari.
Setersunya kitorang kena beratur lagi untuk naik train ke puncak Fansipan. Ramai gila umat manusia yang beratur. Agak lama juga kami beratur. Sampai dah habis idea nak sembang ape. Kalau taknak naik train, boleh je panjat 600 anak tangga tu. Tapi sebab tiket dah termasuk sekali dalam pakej, jadi kita kenalah guna. Lagipun Juju tak gigihlah nak daki 600 anak tangga. Ditambah pula dengan cuaca yang berangin dan hujan dan kabus tebal.
Train ni sekejap je. 2 minit dah sampai atas. Dekat atas ni kami ambil gambar puas-puas. Tapi frust jugalah sebab suasana berkabus. Tak nampak suasana langsung. Lepas dah ambil gambar puas-puas, kami minum kopi panas pula dekat cafe sebelah train.
Masa ni Faizal ada bagitau siapa yang tak nak turun tangga boleh beli tiket train untuk turun. Cuma Juju tak ingat harganya. Juju memang dah tak sanggup nak turun tangga. Sakit membetis dekat Cat-Cat Village pun tak hilang lagi dah sambung pula dekat Fansipan. Jadi group Juju berempat termasuk lagi 2 orang yang join naik keretapi untuk turun.
Sama macam masa naik tadi, untuk turun kena guna cable car. Masa ni tak ramai sangat orang dalam cable car. Dan nak turun ke bas pula kami naik keretapi merah yang kami dok OOTD awal pagi tadi. Memang ikonik sungguh ya keretapi ni.
Lunch di Restoran Faizal
Jadi lunch harini kami ke Restoran Faizal pula. Betul-betul depan Sapa Market. Kebetulan pulak nama restoran sama nama dengan tour guide. Lepas order makan sempatlah Juju dengan Mulie ke Sapa Market nak cari seluar. Mak dengan Melor memang sukalah makan dekat sini sebabnya kedai buah yang diorang beli semalam tu ade dekat depan restoran ni je.
Lepas lunch kami terus balik ke hotel. Jadinya sempatlah kami solat jamak dekat hotel. Unutk aktiviti malam pula, Faizal kata siapa nak ikut dia dinner boleh turun jam 8.00 malam. Tapi group Juju tak follow dia dinner. Kami decide nak habiskan megi dan buah-buahan yang kami bawa. Lepas tu kami book Grab untuk ke kedai yang jual windbreaker semalam.
Tak memasal ya. Menambah lagi windbreaker Juju. Juju bagi juga souvenir dekat kawan-kawan di pejabat. Diorang macam tak percaya dekat Sapa murah. Tapi memang murah. Rate Grab masa pergi ni dalam 49000vnd.
Lepas ke kedai windbreaker, kami lagi sekali melempar VND dekat kedai urut kaki yang kami pergi semalam. Haha, ini baru betul-betul healing ya. Sedap dan berasa betul urutan dekat Sapa ni. Dan macam biasa, balik hotel pun naik Grab juga. Mungkin dah lewat malam, harga Grab pun mahal sikit. Tapi taklah mahal pun pada kami. Sekitar 59000vnd je.
Okeh habis story untuk hari ketiga. Sambung hari keempat di entry yang seterusnya pula okeh!
.png)
