Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kasih Juju
Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel l Okey, dalam entri kali ini Juju nak share satu berita baik terutamanya buat geng-geng foodie kat luar sana, lebih-lebih lagi orang Johor Bahru! Siapa kat sini suka makan buffet? Ha, angkat tangan cepat! 🙋‍♀️


Baru-baru ni Juju dapat satu info yang menarik tau. Bermula 1 Julai sehinggalah 30 September 2026 nanti, Café BLD kat Renaissance Johor Bahru Hotel tengah anjurkan satu themed buffet yang tersangatlah heaven, iaitu Renaissance Kitchen Dinner Buffet.


Apa yang syok sangat pasal buffet kali ni? Meh sini Juju nak cerita sikit!


Tema Bulanan Yang Bikin Kecur Air Liur! 🤤

Buffet ni dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu malam (6:30 petang - 10:00 malam). Yang paling best, setiap bulan diorang tukar highlight menu tau. Jadi kalau korang datang bulan Julai, tak sama dengan menu bulan Ogos. Memang tak bosan la!

Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel

  • Bulan Julai (Raja Buah Kembali!): Korang boleh enjoy durian tanpa had! Makanlah sampai lebam bersama barisan hidangan buffet yang lain. Kaki durian, this is your time!
  • Bulan Ogos (Vibe Pasar Malam & Hawker): Bulan ni ada live stations yang serve makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ada Ramly Special Burger, Mee Goreng Mamak, Roti John Daging, dan Putu Piring Gula Melaka yang dibuat panas-panas. Fuh, terus terbayang bau aroma dia!
  • Bulan September (Sentuhan Tempatan Yang Padu): Sebagai penutup, korang boleh layan Maggi Goreng Mamak Special, Roti Boom, Roti Tisu Tower yang tinggi menjulang tu, dan Putu Bambu. Semua freshly prepared to order!

Kolaborasi Chef Hebat & Aneka Hidangan Signature

Bukan itu je tau, diorang juga bawakan barisan menu signature daripada Malaysian Kitchen yang dimasak khas oleh chef-chef pakar dari rangkaian hotel Marriott Bonvoy seluruh Malaysia! Antara menu yang wajib korang try:

  • Rebus Daging Tetel & Kacang Pool – Resipi ikonik daripada Chef Hamizi (Renaissance Johor Bahru Hotel).
  • Daging Masak Lemak Cili Padi & Ayam Kuzi dengan Roti Jala – Air tangan Chef Mohd Hairi Sahmizam (Putrajaya Marriott Hotel).
  • Hinava Ikan Tenggiri & Sinalau Sapi Sabah – Dibawa khas dari Negeri Di Bawah Bayu oleh Chef Kelvin Kilin (Le Méridien Kota Kinabalu).
  • Nasi Dagang Kelantan bersama Gulai Ikan Tongkol & Daging Kerutuk – Dimasak oleh Chef Hasnaerdawaty (Courtyard by Marriott KL South).
  • Gulai Panas Ikan Tenggiri & Laksa Telok Kechai – Menu utara yang meletop daripada Chef Mohd Fauzi (The St. Regis Langkawi).

Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel  Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel


Banyak gila kan pilihan? Itu belum masuk lagi bahagian seafood on ice, daging bakar premium, aneka pencuci mulut, dan international classics yang memang sedia ada kat Café BLD. Memang rambang mata dibuatnya!

Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel


Hot Offer: Bayar untuk 3 Orang, Makan 4 Orang! 🥳

Bab harga mesti korang nak tahu kan? Jangan risau, sangat berbaloi dengan kualiti hidangan bertaraf 5 bintang.

💰 Harga:

  • Dewasa: MYR 208 nett seorang
  • Kanak-kanak: MYR 104 nett seorang

TAPIII... ada berita paling gembira! Diorang tengah buat tawaran eksklusif: Pay for 3, Dine as 4! Haaa... maknanya kalau korang bawa famili atau kawan-kawan berempat, sorang dapat makan secara PERCUMA! Untung sangat kan?


Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jom Rasai Kelainan Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel


Macam Mana Nak Booking?

Memang rugi kalau korang tak pergi tau. Boleh ajak husband, isteri, anak-anak atau buat reunion kecil-kecilan dengan kawan lama kat sini. Suasana restoran pun sangat selesa dan family-friendly.

Untuk mudahkan korang booking slot, boleh terus hubungi atau layari info kat bawah ni:

📞 WhatsApp Business: +60177713327

☎️ Talian Terus: +6073813322

🌐 Online Booking (Mudah & Cepat): bit.ly/7RoomsCafeBLDOffers

💻 Info Lanjut: www.cafebld.com

Alamat: Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel, 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.