Kasih Juju: Firash turn's 2

August 19, 2016

Firash turn's 2

Assalamualaikum readers,

Kembali bersiaran setelah lama tak menaip. Asyik join segmen je kan. Harap-harap korang pun join sekali segmen yang saya join tu. Hehe...

Harini saya nak share gambar masa hari lahir si domok. Muhammad Firash Helmi yang ke-2 tahun. Tak banyak gambar pun nak share sebenarnya. Ada sekeping jek. Tapi oke lah tu kan. Biar dah besar nanti die tau yang mama dia ni tak pernah lupa sambut hari lahir dia.
Happy dia dapat kek ade motor sebijik. Beli kek ni dekat kedai Milky, Kluang. Lepas beli kek ni saya dan suami terus ke kedai Smartkids beli basikal.

Nak dijadikan cerita, masa beli susu dia aritu dia boleh pulak tunjuk dekat basikal yang banyak bersusun depan kedai tu. Saya pun pahamlah maksud dia tu. Nak bawak balik basikal. Tapi saya tak beli pun masa tu. Hehe..

Kalau korang nak tau, anak saya masih belum petah bercakap. Masih dengan bahasa alien dia tu. Tapi dah banyak jugalah perkataan yang dia paham. Kalau suruh buat sesuatu tu laju je dia pergi.

Ye saya tau kalau nak diikutkan umur dia sepatutnya dah pandai bercakap. Tapi nak buat macam mana, saya bukan tak bercakap pun dengan dia. Hari-hari saya bersembang dengan dia. Sekarang dia pandai sebut mama, mak, ayah, kakak, nak tu, bukak.....dan ada banyak juga lagi perkataan lain.

Kira ok lah tu kan. Bukan anak saya tak pandai bercakap langsung. Hehe.. Mama doakan anak mama ni membesar dengan sihat dan ceria. InsyaAllah..

Okkaylah korang. Junpa lagi dilain entri.
Wassalam.

3 comments:

  1. Comel jer. Takpalah..lame2 nanti oklah tuh..

    ReplyDelete
  2. xpe sis..slow2..ank sy pun sethn setgh xde pun becakap ape lg..stakat mama papa je..

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign