Okeh, berbalik pada tajuk yang kat atas tu. Siapa yang setuju kalau saya cakap sekarang ni zaman kerja lagi penting daripada kesihatan? Ha, mesti ramai yang nak pertikaikan kan...? Saya tak ambil contoh orang lain pun. Ambil contoh diri sendiri jek. Terlampau kusyuk sangat buat kerja sampai takde masa nak bersenam. Kalau kata nak keluarkan peluh tu memang tak de langsung. Inilah punca kepada masalah kesihatan.
Walaupun korang cakap kalau tak berpeluh pun boleh sihat, tunggulah nanti bila dah tua. Rasekanlah nanti bila otot-otot tu semua dah tak bertenaga. Baru korang nak menyesal sebab masa sihat dulu korang tak bersenam.
Jadi, untuk menaikkan mood bersenam, saya ada satu produk nak share dengan korang.
Ramai diantara kita yang mungkin tidak memandang serius akan perkara ini dan menganggap beg gym bukanlah satu kelengkapan yang penting. Tapi tahukah anda bahawa pemilihan beg gym yang terbaik dapat melancarkan proses latihan anda di gym?
Sebelum kita berbincang mengenai ciri-ciri beg gym yang terbaik, jom kita lihat terlebih dahulu apakah kepentingan menggunakan beg gym yang betul;
- Untuk memudahkan anda membawa segala keperluan gym anda.
- Untuk memastikan barangan anda tersusun dengan rapi.
- Untuk mengelakkan anda daripada tercicir barangan peribadi.
- Beli beg gym yang mempunyai compartment yang banyak. Ini untuk memudahkan anda menyusun barangan anda dan tidak bercampur.
- Beli beg gym yang mudah untuk dibawa. Sebaik-baiknya pilih beg gym yang bertali panjang.
- Beli beg gym yang mempunyai ruangan khas pada bahagian luar untuk memuatkan kasut anda atau pakaian kotor agar ia tidak bercampur dengan pakaian yang bersih.
- Beli koleksi beg gym yang trendi dan boleh digayakan ketika aktiviti kasual yang lain. 2 in 1!
Terimas kasih sudi baca.
Wassalam.