6 Februari 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 24

Day 24 - 3 warna kegemaran.

Senang je tajuk hari yang ke 24 ni. Semua dah ada dalam kepala. Tinggsl nak meluahkan je. hehe.. Jom tengok kaler apa yang saya minat beserta dengan maksud dia sekali. Cekidaut..

1/ Merah
Image result for sitinurhaliza baju merah
MERAH 
  • Mendesak, mudah diransang dan lincah.
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
  • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
  • Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
  • Perlu belajar untuk sabar.

2/ Kuning
Image result for aishwarya rai yellow saree
KUNING
  • Penuh minat dan ceria
  • Aktif dalam apa jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
  • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

3/ Pink
Image result for sitinurhaliza baju pink
MERAH JAMBU
  • Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
  • Mudah bersimpati dan memahami.
  • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
  • Sedikit keanak-anakan.
  • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri. 

1 ulasan: