Tanpa perlu membebel intro panjang-panjang, marilah sama-sama kita tengok senarai filem seram favourite saya.
1/ Pontianak Harum Sundal Malam
Hah, sape suka cerita ni sila angkat tangan. hehe, dulu kemain takut lagi nak tengok cerita ni. Takutnya tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Suka tengok cerita ni pun sebab ada maya karin. Lagipun kan masa zaman cerita ni keluar, cerita seram ni semua mana nak glamer lagi. Lepas je keluar cerita hantu ni terus melambak-lambak cerita seram keluar panggung.
Cerita ni layan mase bujang-bujang dulu. Masa duk menyewa dekat Vista Angkasa. Tak tau nak layan cerita apa sebab member serumah semua tengok cerita omputih. Nasib baiklah kita ni pandai bawa diri. Terjebak sampai minat nak tengok.
Kadang-kadang rasa macam diorang nu berlakon, tapi kadang-kadang macam nampak real pulak. Kalah cerita Seekers yang dekat NTV7 dulu tu. Maklumlah, mat saleh ni gajet dia kemain canggih lagi kan.
Suka giler dekat cerita ni. Tak ingat ada berapa season masa tu. Tapi layan jugak. Cerita ni pun member serumah juga yang ajak tengok. hehe
Teringat dulu ada satu part tu suami dia mati, saya boleh menangis meleleh-leleh air mata. Hahah, kelakar betul kalau ingat balik. Tapi suami dia mati pun lepas tu dia banyak tolong isteri dia ni selesaikan kes hantu-hantu tu.
Okeylah, siap entri hari ke 23. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.