Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim - Sesi Pengenalan - Kasih Juju

26 April 2017

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim - Sesi Pengenalan

Assalamualaikum semua,

Kisah ini adalah sambungan daripada entri ini --> Episod Persiapan
Harini saya akan kongsikan denan korang semua apa aktiviti yang kami buat dengan anak-anak terpilih ni.
No automatic alt text available.
Awal pagi hari kejadian saya dah keluar rumah. Terus menuju ke hotel tempat Kak Hernee dan Kak Eda menginap. Nak ambil barang-barang yang perlu di bawa ke rumah anak-anak yatim ni. Sampai je dekat hotel tengok diorang dah gerak ke Rumah Anak Yatim. Hmm.. Laju berdesup betul. Semangat nak bergotong-royong katanya.

Perkara pertama kami pagi tu berkumpul di dewan mereka. Jumlah anak-anak dekat sini seramai 56 orang. Pada sesi ini, kami memperkenalkan blog masing-masing. Sambil tu ada juga penerangan daripada blogger MiaLiana mengenai kelebihan berblog.
Image may contain: 1 person
Our emcee of the day. blogger uyulrosli.com
Image may contain: 9 people, people sitting
Barisan JDT Blogger bersama anak-anak yatim
Image may contain: 1 person, smiling, text
Sesi Q & A
Image may contain: 1 person, standing and indoor
Sesi Q & A
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Sedikit penerangan blog daripada blogger mialiana.com
Pendedahan ni sedikit sebanyak telah membuka mata anak-anak ini untuk berblog. Banyak sangat benefit untuk diorang ni. Dan kami juga ada buat sesi Q & A. Nak menghangatkan suasana sebelum gotong-royong. Kenalah kenal rapat dulu kan.

Majlis kami disempunakan dengan bacaan doa daripada suami blogger Wawa Ashihara. Ampun... Lupa nama suami Wawa. Hehe..
Image may contain: 1 person, indoor
Bacaan doa pembuka majlis.
Op op.. Sampai sini dulu. Sambung part seterusnya dekat entri lain ea.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan