Huawei P10 Idaman Setiap Blogger

Kasih Juju
Huawei P10 Idaman Setiap Blogger

Hai semua. KJ ni sebenarnya tengah pening kepala nak mencari telefon baru. Telefon yang lama ni okkay lagi. Tapi dah 5 tahun setia. KJ target tahun baru ni dapatlah merasa handphone baru. Hehe
Masa tengah menjalankan sedikit survey ke sana dan ke sini, KJ dah tertarik dan terpanah hati dekat satu jenama smartphone ni. Jenama yang agak popular jugalah di Malaysia ni. Tak lain dan tak bukan Huawei P10 .
As a blogger, banyak sangat gambar yang KJ perlu ambil. Gambar-gambar tu pula tak bolehlah lebih-lebih kurang je. Mesti wajib kena ada wow. Barulah korang pun suka nak duduk lepak lama-lama dekat blog KJ ni kan.
Telefon lama KJ ni kualiti gambar dia kurang memuaskan. Pixel dia kecil. Jadi gambar yang terhasil pun tak berapa nak menarik hati. Untuk tambah menarik hati, KJ terpaksa install bermacam-macam aplikasi. Storage telefon pun memainkan peranan juga. Bila dah macam-macam kita install, dia pun mulalah keluar warning sana sini. Eh panas pula hati ni. Huhu

Kita ni bekerja sebagai blogger mesti sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap entri yang kita hasilkan. Walaupun cuma menaip entri menggunakan smartphone, kita akan browse lebih daripada satu website. Dan dah tentulah kita akan buka tab lebih daripada satu. Bukan saja tab, kadang-kadang sesi pemilihan gambar juga memainkan peranan. Kita takkan boleh bersabar kalau telefon kita ni lambat je nak buka dari satu aplikasi ke satu aplikasi. Anasir-anasir macam inilah yang membuatkan mood menaip entri kita jadi tidak berkualiti.

Dan setelah KJ mencari-cari, akhirnya KJ jumpa juga yang bekenan di hati. Korang pun kalau nak cuci mata sebelum beli smartphone bolehlah singgah sekali dekat link tu. Macam-macam ada.

Huawei P10
KJ betul-betul dah jatuh cinta dengan spesifikasi dari Huawei Malaysia ni tau. Jom kita tengok gambar dulu.

Nampak menggoda betulkan smartphone ni. Macam tak sabar pula KJ nak grab sebiji. Okeh, jom kita tengok spesifikasi dia pula.

Ianya direka dengan 18% lebih baik berbanding processor yang lain supaya korang yang suka main game tu boleh main game dengan lancar. Tak de lagi tersangkut loading lama-lama. Dan dah tentulah sangat bagus untuk blogger macam KJ ni. Boleh buka macam-macam page browser dalam masa yang sama. Senanglah nanti KJ nak dapatkan info sambil memuat naik entry blog terkini.

Smartphone ini juga boleh di caj dengan pantas. Tak perlu lagi menunggu masa yang lama untuj memenuhkan bateri telefon. Ianya juga dilengkapi dengan 8 set thermal cooling mechanic. Smartphone ini takkan panas walaupun kita gunakan ia dalam tenpoh yang lama. Dah tentulah P10 ni sangat faham dengan situasi kita masa melayari internet ataupun sedang bermain game.

Dan part yang paling menarik sekali, kamera dia yang dilengkapi dengan lensa Leica mampu memberikan impak yang sangat wow dalam setiap gambar yang kita ambil. Tak perlu lagi KJ edit setiap gambar yang KJ ambil. Sekali snap terus cantik.

Skrin 5.1 inci memberikan kita kepuasan sebenar semasa menggunakan smartphone ni. Internal memori pula kita boleh pilih samada 32 gb ataupun 64 gb. Kalau KJ, KJ nak grab yang 64gb punya storan. Puas hati wey. Boleh install game banyak-banyak, rakam setiap memori berharga yang KJ lalui hari-hari, gunakan aplikasi macam-macam sambil tak risau telefon ‘berat'.

Amacam? KJ dah terbayang-bayang smartphone ni dalam genggaman tangan KJ ni. Sekarang KJ sedang meneliti harga Huawei P10 di Malaysia . Hehe.. Semoga cepatlah penuh tabung smartphone KJ.

Okkaylah semua. Semoga kita berjumpa lagi di entri yang lain. Terima kasih sudi singgah.