4 May 2018

Firash Dijangkiti HFMD

Assalamualaikum semua, ini adalah kali kedua Firash down with HFMD. Tahun lepas dah kena sekali. Tahun ni kena lagi. Aduh. Manalah anak ni dapat virus ni. Senang sangat berjangkit. Huhu.. Sabar ajalah mama jaga Firash ya. 

Mula-mula Juju dah rasa dah si anak ni selera makan dia lain macam. Makan nasi sampai bertambah 3 kali. Banyak betul ruang dalam perut dia nak makan nasi banyak-banyak tu. Rupa-rupanya memang dah rasa nak demam ye.
Demam-demam pun sibuk ajak pergi pasar malam nak beli ultraman
Pagi tu pergi sekolah okkay je mood dia. Cuma lepas bangun tidur petang tu mak kata dah dedar badan dia. Juju rasa pun dah panas. Mandikan dia petang tu dia cakap ada tulang ikan dalam mulut. Bila masa pulak si Firash ni makan ikan? 

Kalau korang nak tau, Firash ni jenis yang tak suka makan ikan. Bau ikan tu pun dia tak suka. Yang dia suka ayam dengan telur je. Jadi celah mana pula tulang ikan tersangkut dalam mulut? Ah hati pun dah tak sedap.

Besoknya pagi-pagi lagi dah ajak suami bawak Firash pergi klinik. Klinik favourite Firash dekat Kluang ni Klinik Soh Pakar Kanak-kanak. Kalau bawa ke klinik lain memang tak serasi. Dah cuba dah 2,3 kali klinik lain. Lambat nak sembuh. Kalau bawa klinik Soh ni sekajap aje demamnya kebah. 
39.2°c. Panas wey
Lepas doktor siap buat pemeriksaan dia kata ada ulser dalam mulut. Terus dia cek kaki dan tangan. Dan doktor kata Firash kena HFMD. Adududu... Luluh hati mama. 

Pada yang tak tau, HFMD tu maksudnya hand, foot and mouth disease. Penyakit kaki tangan dan mulut. Memang mudah berjangkit. Doktor pun suruh kuarantin seminggu. Jadi, mama pun dapat cuti kuarantinlah kan. Marilah kita buat house cleaning besar-besaran.

Terima kasih sudi baca.

Previous Post
Next Post

post written by:

9 comments:

  1. Semoga cpt sembuh syg.. kesian anak2...

    ReplyDelete
  2. kesiannya..mesti firash rasa sakit tekak dia kan..tu yang dia ada cakap tulang ikan dalam mulut..huhuhu..saya pun tengah sakit tekak ni..bangun pagi tadi terus perit gila tekak takleh telan air liur..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh adik

    ReplyDelete
  4. Siannyaa Firash..
    Juju letak minyak kelapa dara..dulu Mia kena, Emaknya guna itu letak kat tangan, molot semualah yang mana terkena tu ...
    MOga cepat sihat ya ..

    ReplyDelete
  5. semoga firash cepat sembuh. dulu doktor yang rawat aisyah suruh sapu vco je.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. risau kalau anak² kena penyakit HMDF ni kan Juju

    ReplyDelete
  7. Klinik tu dgn rawatan dia semua mahal tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni sis belum pernah lagi kena bayar RM70 ke bawah.. semuanya ke atas. :)

      Delete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.