21 August 2018

6 Aktiviti Menarik di Bukit Gambang Safari Park

Hai korang,

Nak tanya, korang dah baca ke entri Juju pasal Water Park Bukit Gambang? Kalau belum baca boleh baca dekat --> SINI.

Kalini Juju nak share satu lagi tempat menarik yang ada dekat Bukit Gambang Resort City iaitu Bukit Gambang Safari Park. Dengan kawasan seluas 138 ekar  hutan sekunder yang terbahagi kepada dua zon berbeza, iaitu zon berjalan kaki dan zon trem Wild Savannah. Taman Safari BGRC dibuka pada waktu tengahari sehingga pukul 9 malam.

Haiwan-haiwan yang ditempatkan di Taman Safari BGRC adalah antara haiwan yang unik dan pertama kali dipamerkan di Malaysia, contohnya seperti singa putih, burung hantu putih, helang ikan Afrika, empat daripada enam spesies unta di dunia, empat daripada lapan spesies beruang di dunia, serta aneka jenis kucing besar dan kucing kecil.

Firash depan pintu masuk Safari Park
Korang yang menginap di hotel, boleh naik trem terus ke sini, kalau nak tambah tiket Safari Park boleh terus ke kaunter dan korang kena jalan kaki sikit untuk ke stesen trem yang akan bawa korang masuk dalam Safari Park ni.


1/ Wild Savannah
Tempat pertama yang kami tuju adalah Wild Savannah. Trem beserta seorang tour guide akan ikut sekali. Kalau takde tour guide nanti kita tak tau pulak dah sampai dekat haiwan apa. Walaupun rupa memasing lebih kurang je macam haiwan yang ada dekat Malaysia ni, tapi sebenarnya diorang datang dari negara lain.

Kagum Juju tengok haiwan-haiwan ni. Diorang boleh sesuaikan diri dengan cuaca di negara kita. Mana taknya, tempat yang pihak Bukit Gambang sediakan untuk haiwan-haiwan ini memang menyerupai habitat asal mereka. 


Singa putih
Cheetah 
Hyena
Friesian Cow
Apa yang membuatkan Juju teruja adalah haiwan-haiwan di sini tidak dikurung. Mereka dilepaskan bebas untuk meneroka kawasan sendiri. Haiwan yang bukan pemangsa diletakkan disatu tempat di mana mereka boleh makan dan bermain bersama-sama.

Bagi haiwan buas seperti singa, harimau dan hyena diletakkan di kawasan lain di mana bila trem memasukki kawasan ini, akan ada 2 pintu sempit yang perlu trem ini lalu. Ini bagi memastikan haiwan-haiwan ini tidak terlepas dari kawasan masing-masing.

Kami teruja sangat bila dapat tengok sendiri singa putih, harimau dan hyena ni depan mata. Tapi mereka tak datang dekat dengan trem kami pun. Masa mereka banyak dihabiskan dengan bermalas-malas sahaja. Bak kata tour guide kami, singa putih ni 16 jam masa dia dihabiskan dengan melingkar sahaja.



Kalau korang jenis yang lasak sikit, bolehlah sewa ATV ni untuk masuk ke kawasan Wild Savannah. Korang boleh pergi lebih dekat lagi dengan haiwan-haiwan dekat sini. Tapi korang jangan risau, tempat haiwan yang buas tu korang tak boleh masuk. Boleh tinjau dari luar je. Kalau degil juga nak masuk kang takut tak keluar pulak. Muehehehe...

2/ Persembahan haiwan pemangsa di Predator Show
Sementara menunggu team ATV sampai, kami berjalan kaki dari Eagle Station menuju ke Predator Arena. Tak terasa jauh berjalan kaki kerana ada Llama dan keldai yang boleh kita tengok.

Tour guide bagi amaran, jangan tengok mata llama ni lama-lama nanti kena ludah. Benda baru yang kami belajar pada haritu. Hehe. Comel je tengok llama ni. Rupanya ia merupakan salah satu spesies unta.


Inilah rupa tempat pertunjukan predator show tu nanti. Tempat ni boleh memuatkan seramai 2000 orang dalam satu-satu masa. Jom tengok gambar dekat bawah ni pula. Pertunjukan apa yang haiwan-haiwan ni buat sebenarnya.


Pada awal persembahan akan keluar burung bangau dulu. Lepas makan diorang akan masuk semula ke laluan mereka untuk memberi laluan kepada binatang yang lain pula. Haiwan-haiwan ni akan keluar satu per satu.

Paling syok tengok harimau tu berenang untuk ambil makanan yang dah digantungkan di dinding cermin. Satu-satunya spesis kucing yang suka dengan air. Patutlah dekat tempat harimau di Wild Savannah tu disediakan kolam kecil. Rupanya harimau suka main air. Hehe.. Comel je kan.

Habis persembahan predator show kami bergerak pula ke Wonderful Bird Show. Dalam perjalanan ke Forest Arena, kami ternampak ada beruang dekat bawah laluan kami. Beruang ni pun pandai je tengok kitorang balik. Hehe. Gebu sungguh bulu dia. Geram.



3/ Wonderful Bird Show
Dekat sini kami disajikan dengan persembahan daripada pelbagai jenis burung. Bermula dengan burung kakak tua. Burung tu disuruh mengeja dan mengira. Memang burung kakak tua ni bijak-bijak tau. Bukan saja pandai bercakap, tapi pandai mengeja dan mengira.


Ada juga burung yang dilatih untuk menagmbil derma yang diberi oleh pengunjung. Mereka memerlukan sumbangan bagi memelihara kawasan hidupan mereka. Apa yang menarik, kita berdiri dekat spot yang telah di sediakan dan burun ini akan terbang ke arah kita. Tapi burung ni cuma kenal warna merah dan hijau sahaja. Jadi kalau korang bagi duit biru atau purple memang dia tak akan ambil. 



Diakhir pertunjukan, kami di sajikan dengan persembahan dari burung helang. Dia keluar dari belakang tempat duduk pengunjung dan terban rendah terus ke tangan penjaga dia di atas pentas. Nasiblah kalau kena kepala pengunjung. Tapi burung-burung ni semua telah dilatih, jadi jangan risau. Memang takkan kena kepala punya. Trust me.


Last but not least persembahan penutup dari burung flamingo. Teruja betul masa tengok mereka ni keluar. Dengan kaki panjang dan mulut merah dia tu. Menggoda oi.

Seterusnya, jom bergerak ke Night Jungle. Eh, jalan dekat hutan waktu malam ke? Ha.. Jom baca dulu.

4/ Night Jungle
Dekat sini kita dapat merasai pengalaman melihat sendiri dengan lebih dekat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam. Antaranya rakun, sugar glider, tapir, khinzir liar Afrika, kucing hutan, landak dan macam-macam lagi.

Kami juga dapat melihat black panther atau nama melayunya harimau kumbang secara lebih dekat lagi di sini. Dak Firash memang jakunlah tengok haiwan-haiwan ni semua. Sebabnya Juju belum sempat lagi nak bawa dia pergi ke zoo. Alahai...Sian anak Juju.




5/ African Yabara Fire Show
Selepas ke night jungle, kami bergerak ke village arena untuk menyaksikan peesembahan yang seterusnya. Persembahan yang ditunggu-tunggu oleh dak Firash sebab mama kata ada Boboiboy api. Hahahaha...



Selamba je tengok diorang ni makan api. Tak terbakar ke lidah diorang tu? Aduh, ngeri tengoknya. Mula-mula dia lalukan api tu dekat tangan, lepas tu dia makan pulak. Lepas makan dia boleh tinggalkan api dalam mulut untuk nyalakan kayu yang satu lagi. Fuh, korang memang kena datang tengok sendiri tau.

Kebal betul diorang ni. Ilmu apa yang dia guna yek? Tour guide ni kata persembahan ni diadakan setiap hari. Maksudnya setiap harilah diorang makan api.

6/ Tarsan Adventure Show
Lepas tengok persembahan api, kami tengok persembahan tarzan pula. Tempat fia tak jauh pun, sebelah je dengan tempat persembahan api. Cuma yang ini tempatnya berbumbung.

Kami menunggu dalam masa 15-20 minit macam tu sebelum encik tarzan ni muncul. Anak-anak dah mula tak sabar nak tunggu tarzan keluar. Oh ya, semasa persembahan tarzan ni diorang menggunakan mercun sebenar bagi menghasilkan efek bunyi letupan. Juju sendiri pun terkejut dengan bunyi letupan tu.



Persembahan dari tarzan ni merupakan persembahan terakhir. Jadi, pihak Safari Park membenarkan pengunjung untuk mengambik gambar bersama-sama dengan tarzan dan kawan-kawan. Rupa-rupanya mereka ini team yang makan api tadi. 

Berbakat sungguh mereka ini. Macam-macam perkara mereka boleh buat. Tabik spring satu kali. Kalau korang nak tau jalan cerita persembahan tarzan ni korang kenalah datang tengok sendiri. Mana boleh cerita semua. Tak thrill. Muehehehe.

Waktu sesuai untuk ke Safari Park
Juju ada bertanya dekat tour guide, waktu yang paling sesuai untuk masuk ke Safari Park. Dan tour guide ni bagi cadangan untuk masuk ke Safari Park selepas solat Zuhur. Kalau nak masuk puku1 2.00 petang pun dah cantik sangat dah masanya.

Sebab korang takkan terlepas persembahan-persembahan yang telah diaturkan. Gambar dekat bawah ni pihak Safari Park dah bagi dan tampal di setiap tempat pertunjukan supaya korang ingat lepas pergi tempat ni, kena pergi dekat mana pula.

Kalau korang nak masuk pagi pun boleh, tak da masalah. Cumanya korang akan jadi terlalu penat untuk tunggu persembahan api dan tarzan yang dijadualkan hanya pada sebelah malam sahaja. 

Perkhidmatan surau dan tempat makan juga ada disediakan di dalam Safari Park ini. Jadi jangan risau tentang solat dan perut korang ye. 


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC
https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/

Taman Safari Bukit Gambang
https://www.facebook.com/BukitGambangSafariPark

Website:
https://bgrc.com.my/safari-park/

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas 
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00

Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)

*Wheelchair disediakan atas permintaan

P/S: Beberapa gambar kredit kepada Sis LinDilahAinKak Seri dan Azwa Photography







Previous Post
Next Post

post written by:

6 comments:

  1. Best sangat dapat ke Safari park ni.. anak2 dilah sampai skrg asyik cerita mengenai safari park ni.. ingat betul diorg predator show, tarsan show, bird show tu semua.. happy sangat diorg dapat tgk haiwan dekat2..

    ReplyDelete
  2. huwaaa syoknya.. masa akak gi dulu sempat terjah water park je.. next time blh plan lah

    ReplyDelete
  3. Tarot masih tidak sampai lagi ke Gambang. Haritu ada paln nak pergi, tapi terpaksa cancel sebab musim banjir

    ReplyDelete
  4. Hehehe ada gak gambo kita tu hahahaha...
    Seronokkann, rasa nak pergi lagii..Jommmm

    ReplyDelete
  5. dulu masa kecik2 sarah selalu pegi bukit gambang dengan sepupu hehe skrg dah beso malas nak berjalan

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete
  6. Kalau menginap di BGRC, check in room biasanya 3 petang..agaknya boleh tak kita check in awal, tapi kita tak masuk bilik, gi safari dulu..demi menggunakan segala masa yang ada..hahaha

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.