Hotel di Bukit Gambang Resort City, Arabian Bay

Kasih Juju
Hai semua,

Harini Juju nak cadangkan tempat menarik untuk korang stay kalau ke Bukit Gambang Resort City (BGRC). Dari survey yang Juju dah buat, ramai kawan-kawan dan saudara mara kata kalau nak menginap di BGRC ni harga dia mahal. Memang pada awalnya Juju pun rasa hotel dekat sini mahal. Tapi, hah ada tapi pula. Nanti Juju cerita dekat akhir entri nanti ye.

Sampai je dekat lobi hotel Juju terus ke kaunter untuk urusan check in. Ruang menunggu di lobi ni tersangatlah luas. Ada juga diletakkan kerusi dan ada juga kedai gift shop. Arabian Coffee House pun dekat sebelah je.

Lepas selesai urusan check in, kami bergerak ke bilik. Bilik kami terletak di blok 3. Blok 3 ni hanya untuk bilik jenis Studio Suite. Sesuailah untuk Juju yang datang dengan family kecil. Kalau korang datang ramai, ada juga 2-bedroom suite. Agak-agak nak selesa boleh je bawa toto untuk anak-anak tidur di lantai. 

Studio suite
Dekat studio suite ni ada 2 tilam super single yang dirapatkan. Besar dah sama macam katil king. Ada juga kerusi dan meja kopi, tv lcd, iron dan iron board, sejadah, mini bar, peti ais, aircond, peti simpanan dan ada 1 bantal extra. Okeh bantal extra ni mama punya. Muehehehe


Memang luas sangat ruang antara katil dan tv. Boleh bentang toto bagi anak-anak tidur dekat bawah. Dak Firah kerjanya memang berlari-lari je dalam bilik. Puas betul ko berangan jadi ultraman ye nak. Lantai jenis parket ni memang kali bunyi. Jadi kalau korang sibuk nak alih kerusi meja takdalah keluarkan bunyi yang kuat. Firash berlari-lari pun tak risau dahi benjol kalau jatuh.



Dua gambar dekat atas ni adalah pemandangan dari bilik air. Bilik air dia pun luas tau. Ada ruang pemisah antara shower dan sinki. Apa? Tak da bathtub? Eh, kita datang nak jalan-jalan kan. Kalau nak bathtub memang takdelah dekat sini. Eh, tak sempat pun nak berendam lama-lama dekat bilik air. Jadual Juju dah padat sangat dah.

Ammenities dalam bilik air.

Selalu jadi masalah pasal seterika ni. Kalau jalan jauh mesti dalam kepala terfikir, dekat hotel tu ada seterika tak? Dekat BGRC ni korang memang tak perlu risau. Seterika dah disediakan dalam bilik. Cuma kalau korang dapat bilik di blok 2 korang kena ke bilik seterika yang telah disediakan di tingkat 3.

Sejadah juga disediakan. Tapi kalau korang dapat bilik yang tiada sejadah boleh call room service. Nanti diorang akan hantar sejadah tu.

Mini bar
Ada juga disediakan mini bar dekat sini. So kalau korang bawa anak kecil tak perlu risau untuk cari air panas. Boleh masak sendiri dekat bilik. Suka Juju nak ingatkan yang pihak hotel melarang tetamunya untuk masak didalam bilik. Kalau degil juga nanti kena halau. Okeh yang part halau ni Juju tambah. Hehe. Ada notis ditampal di plak air ni.

So overall bilik memang puas hati. Kalau korang nak baca pasal bilik 2 bedroom suite, boleh ke blog kawan-kawan JDT Blogger Juju. Antaranya:

Okeh jom kita cerita pasal harga pulak. Harga ni bergantung pada hari yang korang pilih juga. Kalau pilih hari sekolah memang murah je. Bilik macam Juju ni boleh dapat RM148.00 satu malam. Harga tu termasuk tiket water park dan safari park dan juga breakfast. Kalau nak murah sikit lagi RM128.00 boleh pilih bilik di Carribean Bay. Beza dia sikit je. Tapi trust me, korang takkan rasa pun perbezaan bilik Carribean dan Arabian.

Kalau korang pilih untuk stay 2 malam, boleh dapat harga serendah RM268.00 sebilik. Pakej ni termasuk 2 x sarapan, tiket water park, tiket safari park dan juga 1 x dinner buffet. Berbaloi ke tidak chuolls.

Jom baca aktivitiyang boleh korang buat dekat Bukit Gambang Resort City ni:
Waktu terbaik untuk ke Bukit Gambang Resort City
Ada juga yang bertanya, cukup ke masa 3 hari 2 malam untuk buat semua aktiviti tu?
Cukup sangat-sangat you allsssss. Meh sini Juju buat tentative sikit untuk korang yang bercadang nak ke BGRC tapi masih berkira-kira lagi.

Paling digalakkan untuk menginap 3 hari 2 malam.
Hari pertama check in jam 3 petang:
3.30 petang - 6.00 petang - Water Park

Hari kedua:
7.00 pagi - 9.00 pagi - Sarapan
9.00 pagi - 11.00 pagi - Active Academy
   i- ATV Fun Ride
  ii- Archery
  iii- Paintball Target Shooting
  iv- Flying Fox

12.00 tengahari -2.00 petang - Makan tengahari dan solat

2.00 petang - 9.30 malam - Safari Park

Hari ketiga:
7.00 pagi - 10.00 pagi - Sarapan
10.00 pagi - 12.00 tengahari - Check out

Okeh, harap tentatif ni dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Bukit Gambang nanti. Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Website : 
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8111/8112/8113
Fax : +609-548 6666

Email
enquiry@bgrc.com.my