4 Aktiviti Wajib Cuba di Bukit Gambang Resort City Active Academy

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Kalau korang nak tau, dekat Bukit Gambang ni ada juga aktiviti lasak yang boleh korang cuba. Antaranya memanah, paintball, flying fox, ATV dan juga horse riding. Juju berpeluang untuk mencuba kesemua aktiviti yang disediakan kecuali horse riding. Nanti Juju bagitau sebabnya.
1/ Memanah (Archery)
Ini merupakan kali pertama Juju cuba aktiviti memanah. Haha, sedih betul. Seumur hidup tak pernah cuba memanah. Kalau cuba pun yang budak-budak punya. Apekebenda main budak-budak punya memanah. Tak thrill langsung.

Memang Juju tak tau dekat Bukit Gambang ni ada aktiviti memanah. Kalau Juju tak join group JDT Blogger punya trip ni mesti sampai ke sudah Juju tak tau. 

Untuk beginner macam Juju ni, ada trainer yang akan terangkan dekat korang cara-cara permainan. Cara nak pegang busur, macam mana nak letak anak panah dekat busur, dan juga cara nak lepaskan anak panah. Ada cara-cara dia tau. Bukan boleh semberono je.


Kami juga dibekalkan dengan finger protactor dan ada lagi satu letanya di sebelah dalam lengan. Tujuan dia tak nak bagi jari dan tangan kita melecet. Almaklumlah, jari jemari ni biasa mengetuk papan keyboard je. Haha..

Okey tak Juju punya score? Untuk beginner kira terbaiklah kan. Takde yang tersasar. Semuanya kena sasaran. Cuma nasib-nasib je dapat dekat tengah-tengah tu. Hehe.

2/ ATV Fun Ride
ATV ni antara benda pertama yang kitorang tuju. Sebenarnya jakun. Haha. Tak pernah dapat peluang nak cuba main ATV ni. Takut pun ye jugak. Risau harga mahal pun ye jugak. Haha. Diakhir entri ni nanti Juju akan share harga permainan ni semua ya.



Bahagia giler muka suami Juju dan dak Firash dapat cuba ATV ni. Walaupun trek dia pendek, tapi dapat buat 3 pusingan tau. Kalau tak puas korang boleh try trek ATV di Safari Park. Ha bab Safari Park ni Juju akan cerita dekat entri lain ya. So stay tune :)

3/ Paintball Target Shooting
Untuk aktiviti paintball ni, kami cuma cuba Target Shooting je. Dia ada juga pakej untuk Warzone. Tapi kami tak ambil sebab kami nak santai-santai je. Kalau main dekat warzone nanti tak sempat nak cuba semua aktiviti. Hehe.


Credit picture to Sis Lin
Seorang penembak akan diberi 20 pallete. So daripada 20 pellete ni hanya 1 je yang kena sasaran. 1 sipi-sipi. Yang lain semua tersasar. Haha. Memang tak pandai betul main pistol nih. Agaknya kalau kami main dekat warzone tu mesti membazir pellete. Kihkihkih.

4/ Flying Fox
Okeh, jujur Juju cakap sebenarnya Juju seram sangat main flying fox ni. Dapat pula turn nombor 8. yang depan Juju semua masa turun menjerit macam nak keluar anak tekak. Fuh, menggigil lutut Juju. Kalau korang nak tau ini juga merupakan kali pertama Juju cuba flying fox.
Credit picture to Sis Lin
Credit picture to Sis Lin
Credit picture to Sis Lin
Credit picture to Azwa Photohraphy

Haha, kesian betul. Umur dah banyak baru dapat cuba. Kira ada jugalah stok nak cerita dekat cucu cicit nanti. Hehe insyaAllah. Suami Juju memang tak berani langsung nak cuba. Dia kata kalau setakat main ATV dengan Paintball dia oke lagi. Tapi kalau hal-hal yang melibatkan ketinggian ni memang dia surrender awal-awal.

Kalau ikut hati macam nak paksa je dia naik. Tapi takkan lah nak jadi isteri derhaka pulakkan. Okeh, sila ambil gambar isterimu ini masa tengah terbang nanti.

Sebenarnya ada satu lagi aktiviti tambahan untuk anak-anak. Disebabkan aktiviti dekat atas ni terlalu ekstrem untuk anak-anak, jadi korang boleh ajak anak-anak untuk naik kuda (horse riding). Macam si Firash ni dia kemain takut dengan kuda tu. Mama pun tak berjaya nak pujuk dia. jadi kita tengok jelah kawan-kawan dia naik kuda pusing-pusing. Okeh mama janji lepas ni mama bawak pegi zoo pulak ye.
Credit picture to ceriteraibu.com
Credit picture to Mar Mansor
Okeh, untuk budak takut kuda ni kita amik gambar dari jauh je. Masa hari yang kitorang naik kuda ni dia cuma bagi untuk anak-anak je. Lagipun ada maksimum berat. Kalau tak silap Juju berat maksimum 80kg.

Selain daripada horse riding, ada juga mini sky trail. Tapi disebabkan ketinggian anak-anak kami semua tak menepati tinggi yang ditetapkan, jadi tak dapatlah nak mencuba.

Hah! Macam mana? Dah teruja ke belum? Ada lagi Juju belum share ni. Pasal harga. Murah je chuollsss.
Flying Fox
Min weight: 30kg
Max weight: 120kg
Length: 143m
Height: 25 feet from ground
RM18.00/person

Paintball Target Shooting
Min age: 9 years
20 pellets
RM18.00/person

Paintball Warzone Package
RM588.00/10 pax
Booking needed atleast 1 week before.

Archery
Min age: 12 years
10 arrows
RM18.00/person

ATV Fun Ride
3 laps around the tracks
Max weight: 100kg
Min age rider: 16 years
RM18.00/person
Passenger age:6-15 years
RM8.00/person
Kids below 16 years with weights more than 50kg can be a rider with close monitoring.

Sunshine package:
Flying fox + ATV fun ride + archery + Paintball targer = RM38.00/person

Operation Hour:
Monday - Thursday: 9am - 4.30pm
Friday - Sunday / Public holiday: 8am - 5.30pm

Closed on Monday
Except Malaysia Public Holiday, Malaysia School holiday.
Advance group booking of minimum 20 people.

For enquiries:
Call / sms / whatsapp: 019-9364768

Email:
activeacademy@bgrc.com.my

Website: www.bgrc.com.my