Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland

Kasih Juju
Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland

Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland I So harini Juju nak share macam mana nak ke puncak Genting Highland tapi tak nak drive. Kalau dulu, Juju gigih tau drive sampai puncak. Puncanya suami Juju ni gayat. Takut pada ketinggian. Makanya memang kami tak naiklah cable car masa tu. Kali kedua Juju datang Genting dengan adik dan Yash, jadi keinginan nak naik cable car tu mula membuak-buak.

Pada mulanya Juju nak shopping je di Genting Premium Outlet (GPO). Nak cari baju raya dak Yash. Tapi Juju macam teruja pula bila nampak banyak sangat tanda arah Awana SkyWay. Rupanya kalau nak naik cable car memang boleh parking kereta dekat GPO ni. Kira macam 2 dalam 1. Nak shopping boleh, nak naik cable car pun boleh.

Jadinya korang just cari je GPO dan park kereta dekat kawasan parking yang disediakan. Jangan lupa snap gambar tiang sebelah kereta tu. Karang mau meraung tak jumpa kereta. Maklumlah, risau terlupa diri masa kat atas nanti. Sampai lupa kereta park dekat mana. Huh! Minta jauhlah ek.

Lepas dah park kereta tu korang boleh naik je escalator sampai nampak GPO. Lepas tu baru korang akan nampak signboard untuk ke Awana SkyWay. Untuk beli tiket pula dia ada kaunter layan diri dan kaunter biasa. Selalunya dekat kaunter layan diri ni tak ramai orang. So, korang boleh terus beli dekat mesin tu. Masa Juju datang ni memangtak ramai orang, so Juju terus ke kaunter biasa dan beli tiket pergi-balik untuk 3 orang. 

Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland

Lepas beli tiket, korang masuk ikut Lane yang dah di print dekat tiket. Juju beli tiket biasa je, so akan masuk ikut lane C atau D. Korang kena pastikan betul-betul lane korang tu. Kang tak pasal-pasal kena beratur semula.

Disebabkan hari Juju naik GH ni tak ramai orang, kami tak perlu bersesak pun dengan orang lain. Dalam gondola Juju ni cuma ada kami dan sepasang suami isteri bang cina yang datang dari Singapura. Sempat jugalah kami bersembang sementara nak hilangkan gayat masa dalam gondola tu.

Cara Naik Awana SkyWay Cable Car, Genting Highland

Tinggi betul ya bukit Genting ni. Tak sama macam dekat Pulau Langkawi. Juju rasa dekat Langkawi tu taklah cerun sangat. Yang GH ni memang sayup je tengok pokok-pokok dekat bawah. Terasa-rasa lagi gayatnya tu. Hehe, mujur takde siapa yang muntah.

Untuk maklumat lanjut:
Beli tiket online --> DEKAT SINI

Harga 
Gondola Standard RM18.00 (Pergi-Balik)
Gondola Standard Express RM30.00 (Pergi-Balik)
Gondola Lantai Kaca RM35.00 (Pergi-Balik)
Gondola Peribadi RM550.00 (Pergi-Balik)
Tags