Alhamdulillah, setelah 2 tahun berbelog, muncul juga BE ni. 
Susah jugak nak dapatkan BE ni yek.
Kene betul-betul commit dengan blog, cara promosi blog, inti dalam belog (inti?? inti sardin ea).
Walaupun cerita pasal diri sendiri je, ade jugak orang nak singgah. Terima kasih banyak-banyak korang :)
Mula-mula buka Nufnang ni sebab nak tengok payment dah clear ke belum. Rupanya tak clear lagi. Memang lama ye? Rasenya dah lebih sebulan. Tak pelah, tunggu je lagi.
Tergerak hati nak klik dekat earning. Terkebil-kebil tengok CPUV ade description. Blurr sekejap, bila dah kembali ke alam nyata barulah rasa nak lompat guling-guling. Haha.. Tak boleh pun nak guling-guling. Kang ade yang cakap SukaGelak ni sakit mental ke hape. Lepas tu terus buat research pasal BE ni.

Nanti kalau anda anda anda baca blog SukaGelak, jangan lupa klik iklan SukaGelak ye <3
Jangan lupe tinggalkan jejak, nanti SukaGelak terjah korang balik, InsyaAllah....

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam