Aktiviti Cuti 4 Hari

Kasih Juju
Cuti kerja 4 hari, blog pun cuti jugak lah ye. Hehe..
SukaGelak balik kampung. Habiskan masa dengan suami dan family tersayang.
4 hari berkepit je dengan encik suami. Tak bagi pegi kerja pun. Haha.. nasib baik lah kerja sendiri. Kalau kerja dengan orang dah sah-sah kene berenti.


Kitorang tak pergi memane pun. Cuma pegi kenduri kahwin sepupu encik suami je dekat Felda Linggiu.
Lepas tu renew lesen. Woahhh... Boleh terlupa lesen dah mati 2 hari. Nasib baik tak de roadblock. Kalau tak free-free je buang duit. Huh..

And lastly 'settle'kan borang permohonan rumah. Dah boleh pikir nak beli rumah dah sekarang. Untuk kemudahan masa depan. InsyaAllah. Agak susah jugak sebab tak biasa dengan Kluang. Mencari pejabat pesuruhjaya sumpah pun tak tau kat mane letaknye. Kalau dekat KL ni ha senang je nak cari. Rupanya dekat dengan Mahkamah Majistret Kluang tu ha. Dok tersorok cket. Puas memusing sampai pening. Jumpa jugak

Tu je aktiviti yang SukaGelak buat. Tak menarik pun, tapi SukaGelak happy sebab dapat berkepit dengan Encik Suami. Muehehehe..

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)