Melepaskan Hajat

Kasih Juju
Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua.

Korang ingat tak dalam entri SukaGelak yang INI, SukaGelak ade kongsi pasal bubur nasi istimewa kan.
Jumaat yang lepas SukaGelak pergi menunaikan hajat tekak ni dekat Permas Jaya, malangnya tutup pula kedai tu. Nasib baik mak SukaGelak tau kedai yang dekat Sentosa tu. Dengan lajunya kami bergerak ke sana. Tak dan matahari turun lagi dah sampai kat tempat tu. Nampak sangat tak sabarnye kan. Meleleh-leleh air liur bile pikir lauk-pauk die tu. Hehehe..
klik gambar untuk lebih jelas. Nampak tak? Matahari belum turun lagi dah serbu kedai bubur ni.
Tak amik pula gambar lepas dah campur-campur semua lauk die tu. Punyalah gelojoh sangat. Last-last makan tak habis pun. Apa-apa pun terima kasih dekat mak sebab bawak pegi tempat ni :)

Lepas makan ni kitorang habaiskan masa dekat Danga Bay. Tapi sayangnya, henpon yang canggih sikit ni boleh tercicir pulak dekat kereta. Nasib baik lah tak tercicir ntah memane. Tapi rasa ralatlah juga sebab tak dapat amik gambar dengan hubby. Next taim kite pegi lagi ye encik hubby. :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.