Mana menghilang?

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,  hai korang.

Rindunya nak update blog arini. Untuk pengetahuan korang SukaGelak dalam bas ni. On the way nak balik KL dari Kluang. Rindu anak hoi.. (eh, rindu anak ke rindu laki? Wahaha)

Hari khamis lepas SukaGelak gerak ke Uitm Seri Iskandar, perak untuk karnival sukan suruhanjaya koperasi malaysia tahun 2015. SukaGelak join volleyball jek. Tak mampoo ko nak join sukan banyak-banyak. Terasa sangat diri ini semakin tua.

Tapi yang penting team SukaGelak menang hokeh. Mengekalkan kejuaraan 3x berturut-turut. Alhamdulillah. Tahun ni sama macam 2 tahun lepas. Kena lawan team yg tough dari zon Borneo. Merasalah digging bola banyak kali. Kalau tak asal serve je xbole dig. Sedih hoi.

Spot me.. Lalala... Jangan ditanya mana medal sebabnya lepas game ni terus gerak balik KL. Kononnye nak siap-siap balik Kluang. Skali tidur x ingat dunia. Penat hoi. Dalam erti kata lainnya memang tak bersukan. Sekali start balik macam mau pengsan rasenya.

Okeh gais. Sambung next entri pula yek. Tapi tak tau lah bila. Sebabnya besok sampai hari Jumaat SukaGelak ade kursus pula. Memang tak masuk office la minggu ni. 

Lepas habis kursus terus berdesup balik kampung. Semoga SukaGelak cepat dapat tukar. InsyaAllah amin..

Terima kasih sudi baca
Wassalam.