Purradise Cat Cafe Taman Tun Dr Ismail.

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, selamat hari Selasa. 
Harini saya nak buat entri review mengenai cat cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail ataupun nama glamernye TTDI.

Untuk korang yang memang pencinta kucing, tapi tak boleh nak bela kucing dekat rumah, saya suggest korang cuba tempat ni. Dengan bayaran masuk RM15 sejam yang pertama, anda akan diberi air percuma. Boleh pilih samada smoothie / fresh juice / coffee / tea / chocolate. 



Nama-nama air tu pun menarik. Semua ada kaitan dengan kucing. Sebagai contoh, smoothies yang saya minum tu namanya Mango Meownia, campuran buah mangga, air soya dan madu yang di'blender dengan air batu.
Senarai penuh pilihan air tu korang boleh tengok dekat website die --> Senarai Menu Di Purradise Cat Cafe


Ada 17 ekor semuanya. Semua ada nama masing-masing. Boleh tengok gambar dan nama kucing di --> The Kittizens Purradise Cat Cafe


Masa kitorang datang ni dah petang. Kebanyakkan kucing kat sini tengah tidur. Owner dia suggest datang pagi-pagi sebab masa tu kucing dah cukup masa berehat dan makan. Bila diorang dah cukup rehat barulah bertenaga nak main kan. Takdelah tidur je keje diorang. Hehe.

Masa operasi :
Tutup pada hari Isnin.
Selasa - Jumaat : 2petang - 10malam
Weekends dan public holidays : 11pagi - 11malam

Untuk maklumat lanjut --> http://purradise.my/