Calit-calit Merecik 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Kasih Juju
Assalamualaikum korang,

Rentetan daripada menang segmen giveaway dari sis Mialiana haritu, harini saya nak review pula produk yang saya dah menang. 

Seperti yang korang semua maklum, kami yang berjaya dalam segmen tersebut dapat 1 set 3D Gold Stemcell Serum dan jugak treatment cream. Setelah menggunakan produk tersebut selama hampir 3 minggu, saya nak share dengan korang hasil yang jadi dekat muka saya ni. Ini testimoni diri sendiri tau.

Kalau korang nak tau, tekstur serum ni jenis cecair. Nampak macam melekit. Tapi bila dah sapu dekat muka, die punye lembap tu boleh kalah kek coklat moist tau. Haha, boleh pulak samakan dengan kek yek.

Serum ni sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak hilangkan parut hitam, nak kecutkan jerawat dan jugak boleh mengawal minyak dekat muka. Okeh, meh tengok pulak testimoni dekat muka saya sendiri.

Gambar kat atas ni gambar sebelum guna 3D Gold Stemcell Serum. Rasanya korang boleh nampak sendiri kot masalah dekat muka saya tu. Ye betul.. Banyak giler bekas jerawat atas muka tu ha. Sampaikan ade orang kate " awak ni baru baik demam campak ke? " Huh, sedih betul perasaan mase tu. Sambil dalam hati berkata " ko tunggulah nanti satu hari aku hilangkan semua parut dekat muka ni. "

Ha ni gambar sekarang. Nampak tak muka yang bersinar-sinar tu? Siap selfie tak mengadap tingkap tau. Alhamdulillah, 3D Gold Stemcell Serum ni dah membantu saya hilangkan parut jerawat yang degil giler tu. Walaupun masih ada lagi parut yang tinggal, tapi saya percaya dengan penggunaan berterusan saya akan berjaya hilangkan semua. Yeayyy...

Opsss, nak bagitau lagi ni. Bukan je dapat hilangkan parut jerawat, muka pun rasa lembap jek. Minyak yang banyak dekat muka pun dah kurang tau. Seronoknya tu rasa macam nak melompat-lompat ha. Hehe..

Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Waktu siang : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Make up
  2. Waktu malam : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Treatment Cream


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.