Holla. holla... Jenuh jugak ek nak mengabiskan cabaran 31 hari ni. Hahaha, eh, bukan mengeluh tau. Sekarang ni kerja tengah banyak. Tu yang rasa macam tak sempat nak menaip ha. Tapi saya kena menaip jugak. Dah nama pun cabaran kan.
Berbalik pada tajuk harini, kita mula dengan perkara yang saya suka dulu yek.
10 perkara yang saya suka.
- Tidur - Heaven sungguh kalau dapat tidur lama-lama. Tapi tak boleh selalu. Nanti sakit kepala pula :)
- Cheese - Kek cheese leleh, beger bakar cheese meleleh huihhhhh......Macam belon lah tak lama lagi.
- Aidijuma - Dah masuk tahun ke 4 hokey :)
- Bau masam Firash - Kalau masa dia bangun tidur tu lagi best bau die. hehehe...
- Prosperity Burger - Nak dekat raya cina je baru ada burger ni dekat Mc Donalds.
- Main bola tampar - Memang dari zaman sekolah rendah lagi suka dengan bola ni.
- Travel - Cube bagitau saya siapa yang tak suka travel???
- Dove dark chocolate - Kengkonon terpengaruh dengan Hanis Zalikha. Tapi dalam banyak-banyak perisa, yang coklat gelap ni jugak saya jatuh hati :)
- Kopi - Lagi pekat, lagi suka.
- Suka Gelak - Tak dapat dinafikan lagi.
10 perkara yang saya tak suka.
- Kucing - Well, bukan tak suka kucing. Tapi saya sebenarnya alergik dengan bulu kucing. Pegang sekejap pun boleh bersin satu hari. Hazabbbb
- Asam jeruk - Tak reti betul nak makan asam jeruk ni. Bau dia.. Perghhh.. Lagilah tak lalu. Masa mengandung pun tak makan jugak. Cemane yek rasa dia?
- Lipat baju - Kalau bab basuh baju oke lagi nak layan. Tapi bab lipat baju tu ada masalah sikit.
- Bau perfume strong sangat - Ada satu bau yang saya pening sangat kalau orang pakai. Saya tak tau apa nama perfume tu. Tapi dekat persekitaran saya ni ramai yang pakai. Boleh sakit kepala satu hari. Huh..
- Mengata saya - Saya ni bukanlah nak kata ada 6th sense. Tapi bila ada orang mengata bukan-bukan pasal saya, mesti saya tau. Tak lama lepas tu mesti cerita tak best tu sampai dekat telinga saya ni ha. Pelik tak? Senang je nak tau ada orang mengata saya ke tak. Kalau tiba-tiba telinga saya berdesing tu memang ada lah yang mengata. (Sebelum pindah Johor ni memang berdesing kuat telinga saya ni. Rupanya........Hmmm, semoga korang diberkati Allah swt. Sila terasa :P)
- Buat kerja tak habis - Lepas tu tinggalkan dekat saya. Eh, nak kene hempuk ke??
Alamak, macam tak cukup 10 jek. Tapi kira okey lah tu kan. Ada 6 je. Huhu, jenuh fikir apa lagi yang saya tak suka. Hehe.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam