5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia - Water Park

Kasih Juju
Hai korang,

Alhamdulillah KJ sekeluarga telah diberi kesempatan untuk menyertai LEGOLAND 5th Brick-Versary yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 30 September 2017 dan kami sekeluarga bersama rakan-rakan JDT Blogger yang lain telah memilih tarikh 9 September untuk kami berjimba-jimba.

Perjalanan dari daerah Kluang cuma mengambil masa dalam satu jam 20 ke 30 minit sahaja. Kalau melalui lebihraya Utara - Selatan korang boleh exit tol Senai. Lepas keluar tol korang straight je sampai jumpa tol lagi sekali. Tegak je cari signboard Iskandar Puteri. Kalau dah jumpa signborad LEGOLAND tu korang follow je ye.

Bab parking pula, memandangkan ini kali pertama KJ ke LEGOLAND, jadi KJ terus ke kawasan parking yang telah disediakan. RM10.00 per entri. Sebenarnya kalau nak murah sikit boleh parking di Medini Mall. Cuma RM4 - RM6 sahaja per entri. Jimatlah sikit.

Sampai dekat kaunter tiket, KJ dah nampak blogger Kisah Si Diary, Maszull, Ceritera Ibu dan Sislin76 tengah beratur nak collect tiket. Fuh, nasib baik jumpa diorang ni. Kalau tak mati kutu juga KJ nak menghala kemana dulu.

Lepas dah collect tiket, kami terus menghala ke water park dulu. Sebab water park tutup pukul 6. Theme park pula tutup jam 7. Lagipun aktiviti stage semua boleh catch up semula waktu petang.
Ni gambar dekat pintu masuk water park. Sebenarnya masa ambil gambar ni dah keluar dari water park. Punyalah eksaited nak masuk water park ni sampai semua orang pun laju je pergi ke tempat nak scan tiket.

Dekat sini beg korang akan di periksa ya. Tapi jangan risau. Dia cuma tengok bahagian atas je. Dia tak selongkar sampai bawah pun. So kalau korang tu jenis yang cepat lapar bolehlah standby biskut ke roti ke. KJ bawa juga roti tapi tak makan pun. Si Firash pun dah tak pandang dah roti dia. Mata dia tertumpu dekat Lego je. Lego dimana-mana.

Naik je tangga belakang tempat scan tiket ni korang akan nampak loker untuk simpan barang dan juga bilik persalinan. KJ tak cek rate untuk loker ni sebab encik suami kata tak nak mandi. Jadi dia yang akan jaga segala harta benda. Hehe. Rugi tau dah masuk sini tapi tak mandi.

 Dekat sini, korang tak perlu bawa pelampung untuk anak korang. Semuanya pihak Legoland dah sediakan. Ada 3 saiz yang boleh korang pilih. Macam yang si Firash pakai ni. Comel je kan. Confirm tak tenggelam. Pelampung yang besar tu pun free je. Tak payah nak sewa-sewa macam sesetengah water park. Tapi kena tunggu turn lah.

Percubaan untuk mengajak Firash main gelungsur air. Tapi dia ni alergik sikit dengan air sejuk. Ataupun dalam erti kata lain, budak takut air. Haha. Kesian ko anak. Nanti mama bawa mandi swimming pool pula ye. Bagi biasa sikit dengan air.


Disebabkan si Firash takut nak main air dekat gelungsur ni, jadi kita duduk tepi jelah main air yang jatuh dekat baldi besar atas tu. Nama dia Joker Soaker. Boleh memuatkan sehingga 350 gelen air. Hah cuba bayangkan air 350 gelen jatuh kat korang. Macam mandi hujan yang lebat. Seronok tengok masing-masing dah tunggu untuk disimbah.

Kalau anak korang tak nak main air pun boleh je main kapal lego. Tapi sebelum jadi kapal kena bina dululah. Dekat sini bersepah-sepah Lego. Si Firash yang tak berapa minat dengan Lego boleh jadi obses pula dengan Lego ni ha.

Tengah sibuk melayan si Firash tiba-tiba muncul pula blogger Hernee, kemain lagi kakak ni, tak nampak batang hidung dari awal lagi. Seronok explore water park katenya. Sempat jugalah Kak Eda snapkan gambar kitorang.

Gambar atas ni KJ pinjam dari kak Eda. Sebabnya KJ tak explore yang sebelah ni. Dekat sini korang boleh feeling-feeling macam dekat pantai. Siap ada ombak tau. Yang tak da cuma pasir pantai je.

Ada juga Lazy River. Tapi KJ tak menyelusuri pun sebab tak tau nak minta tolong dekat siapa untuk naikkan si Firash dekat atas pelampung. Tetiba malu nak minta tolong dekat abang Lifeguard. Kahkah. Rugi betul.

Okeh da siap mandi, jom kita tunggu yang lain siap-siap pula. Dalam bilik persalinan ni, dia dah sediakan sabun mandi. Jadi kalau korang tak bawa sabun ke jangan risau. Boleh guna sabun yang disediakan. Yang penting sabun dia wangi. Hehe..


Gambar dekat atas ni pemandangan dari Hotel Legoland. So kalau korang menginap dekat sini dekat sangat-sangatlah nak ke Water Park dan Theme Park. Keluar je dah boleh nampak dah.

Agaknya ada tak rezeki KJ nak menginap dekat hotel ni? Hah! Marilah kita wujudkan tabung Legoland pula ye. Untung-untung nanti boleh habiskan masa satu hari dekat Water Park, satu hari dekat Theme Park. Puas hati.
Lepas siap mandi ni kami semua bergerak ke Medini Mall. Isi perut dulu. Eh! Eh! Kenapa tak makan dekat Legoland je? Sebabnya makanan dekat dalam tu agak mahal jugalah. Jadi kami pilih untuk makan di Medini Mall. Jarak Medini Mall dengan Legoland ni pun dekat je. Tak sempat berpeluh, dah sampai.

Macam-macam ada. KFC, Chicken Rice Shop. Untuk menjimatkan masa, kami beli KFC je. Dah bawa budak-budak. Kemana lagi hala tujunya. Yang penting semua orang kenyang.

Sampai sini dulu cerita pasal Water Park. Lepas ni KJ cerita pasal Theme Park pula ya.
Stay tune.
Wassalam.