Resepi ikan siakap stim limau.


Bahan-bahan;
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 8 - 10 biji cili api. ditumbuk (kalau tak nak pedas kurangkan)
  • Serai di ketuk
  • Halia di hiris
  • Kiub ayam
  • Sos ikan
  • 2 biji limau kasturi
  • Daun ketumbar

Cara-caranya;
  • Ikan dibersihkan dan dikelar badannya. Lumur dengan kiub ayam
  • Halia dihiris dan serai diketuk masukkan di sebelah dalam ikan
  • Dalam mangkuk lain,  satukan halia, bawang putih, cili api, limau, sos ikan dan daun ketumbar. 
  • Curahkan di atas ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar, hirisan bawang dan tomato

Mudah je kan nak masak ikan ni. Lagipun menu yang sihat. Selamat memcuba semua :)