Kisah Firash dan Seluar Dalam Ultraman I Macam kelakar je bunyi tajuk blog Juju harini. Hehe. Tapi kisah ni Juju memang nak simpan dekat blog supaya bila dak Firash besar nanti dia boleh baca pasal perangai dia ni.

Kalau korang nak tau, dak Firash ni pergi sekolah selalu tak nak pakai seluar dalam. Jenuh jugalah Juju dan ahli kelurga yang lain memujuk. Tetap tak nak juga dia pakai. Yelah, memang Juju mengaku salah Juju sebab lepas dia mengumumkan talak 3 dengan pampers, Juju tak kenalkan dia dengan seluar dalam.

Juju fikir takdelah efek di masa akan datang. Rupanya ada. Huhuhu.. Sebenarnya agak lambat juga Firash nka cerai dengan pampers. Sepanjang bersekolah di tadika memang dia akan pakai pampers. Acah-acah sorok pampers dekat tempat lain pun tak berjaya juga taktik ni. Lagi mengharukan bila dia kata tak nak pergi sekolah kalau tak pakai pampers. Maka, kami sekeluarga pun akur jelah.

Nak dijadikan cerita, masa cuti sekolah hujung tahun, dekat kemaluan dia tu macam ada bengkak sikit. Puas belek kotlah ade cikenet ke, ade selumbar ke. Tak de pun. Tak tahu apa punca bengkak tu. Tapi bila sapu minyak gamat lama-lama surut jugalah.

Masa bengkak tu memang dia tak pakai pampers. Sebenarnya kalau dekat rumah memang dia tak pakai pampers. Pandai je pergi bilik air kalau nak kencing. Yang tak pandai kalau nak buang air besar je. Berebut berlari nak pakai pampers kalau sakit perut. Lepas tu menyorok belakang langsir.

Pernah juga Juju ajar dia cangkung dekat tandas. Tapi dia boleh jerit kuat-kuat. Dia cakap ape tau,
Mama, taik saya tak nak keluar
Haha. Tak berebut kau nak pakaikan pampers dekat anak tu. Karang terbantut pula hasrat dia nak melepaskan hajat.

Sejak peristiwa kemaluan dia bengkak tu memang dia tak pakai pampers dah. Yang peliknya kalau nak buang air besar boleh pulak keluar najis dia tuh. Hadoi. Mama kena game rupanya dengan Firash.

Okeh berbalik pada selaur dalam Firash, nak dijadikan cerita, Juju silap beli selaur track sekolah dia. Seluar tu nipis sangat. Jadi memang sejuklah bontot dia kalau tak pakai seluar dalam. Tapi dia tetap berdegil tak nak pakai seluar dalam. Dia ke sekolah pun tak pakai seluar dalam. Hadoi, kesiannya anak aku.

Seluar dalam Ultraman
Dan akhirnya Juju cari seluar dalam ultraman dia dekat Shopee. Agak mahal jugalah sebab 6 helai RM30.00 termasuk pos. Tapi nak mengajar dia juga supaya pakai selaur dalam ni. Kalau tak ajar dari sekarang nanti sampai ke sudah tak mo pakai.

Pengajaran untuk diri sendiri jugak. Lain kali lepas anak bercerai pampers kena terus ajar dia pakai seluar dalam. Muehehehe... Peringatan untuk anak seterusnya yang entah bila. Doakan untuk Juju ya :)