Hi guys,
So bulan lepas, Juju, Mak, Adik yang nombor 3 dan 2 orang lagi makcik Juju ke Sabah untuk bercuti. Agak lama jugalah untuk plan cuti kali ni. Dah memasing sibuk kate nak naik kapal terbangkan. Jadi Juju tunaikanlah permintaan diorang. Kita travel dalam negara dulu yek. Ada rezeki lebih kita pergi luar negara pulak.
Persiapan sebelum ke Sabah.
Untuk kereta sewa, banyak tempat jugalah Juju mencari rujukan. Kita ni kalau boleh dapat yang murah, nak murah lagi kan. So, survey punya survey Juju pilih perkhidmatan kereta sewa dari Kaizen Car Rental. Juju sewa Proton Saga VVT. Muat sangat untuk kami berlima. 1 hari RM100.00. Kiraan dia bermula dari pukul berapa kita ambil kereta, sampai pukul berapa kita pulangkan kereta tu.
So, total untuk kereta Juju dah asingkan RM400.00 siap-siap. Ada lebih boleh buat tambah beli minyak kereta nanti. Eh, memang ade lebih pun. Juju ambil kereta pukul 9.45 pagi hari pertama dan pulangkan jam 2.00 petang hari keempat.
Senang sangat deal dengan owner dia. Kita boleh pilih dekat mana kita nak ambil dan pulangkan kereta tu. Juju yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah ni plan untuk ambil dan pulangkan saja kereta di airport. Mudah.
So kalau korang nak contact boleh ke:-
So kalau korang nak contact boleh ke:-
Instagram : https://www.instagram.com/kaizen_car_rental/
Hotel di Kota Kinabalu
Alang-alang dah book kereta untuk 4 hari, maka Juju pun buatlah survey untuk hotel pulak. Memandangkan dah terbook kereta sampai 4 hari, makanya Juju pun mencari hotel yang jauh sikit dari pusat bandar. Jauh sikit je. Yang penting berbaloi bayar kereta sampai 4 hari. Muehehehe.
Okeh kalini Juju booking guna Air BNB pula. Asyik guna Agoda dan Trivago je kan. Kali ni kita beralih ke Air BNB. Sajalah nak cuba rasa sendiri. Orang kate dekat Air BNB ni banyak homestay. Tapi kalau dapat homestay yang macam hotel pun syok juga kan.
Setelah puas buat survey dan kiraan sikit makanya kami sepakat untuk menginap di Jia Homesuite di KK Times Square. Betul-betul sebelah pusat membeli-belah IMAGO. Jalan kaki je sampai. Dan part yang paling best sekali dekat dengan dobi dan kedai makan. Ada kedai mamak je dekat situ. Bolehlah buat alas perut beli sarapan.
So kalau korang nak cuba guna web Air BNB ni korang boleh klik --> https://www.airbnb.com
![]() |
Jia Homesuite |
Hotel di Kundasang
Untuk hotel di Kundasang, Juju ada juga survey dekat blog kawan-kawan yang dah pernah sampai ke sana. Dalam banyak-banyak review tu, Juju dah tersuka dengan Kiram Village. Bila tengok tempat ni memang Juju dah jatuh suka dah dengan tempat ni. Terus Juju contact owner tempat ni.
![]() |
Kiram's Village |
Kalau korang nak book, korang kena ke website Kiram Village di --> http://kirams-village.com/
![]() |
Anak panah kabin |
![]() |
Depan kabin brokoli |
Untuk pakej-pakej ke pulau semua tu Juju dan family main terjah je. Nanti Juju akan ceritakan pengalaman Juju semasa ke pulau-pulau tu ya. Sama juga dengan Kundasang, kami terjah jugak. Acah-acah macam dah biasa dengan tempat tu. Padahal tak pernah pergi lagipun. Terima kasih jugaklah dekat kawan-kawan blog yang dah share pengalaman korang ke sana.
Jadi, kalau korang memang takut nak terjah, Juju ada satu travel agent yang Juju nak recommend dekat korang. Jom baca dekat bawah ni.
ARBA Travel.
Pernah korang pegi travel ikut travel agent lepas tu korang kena bawa dekat satu tempat yang tak masuk dalam senarai program. Eh, sebenarnya masuk dalam senarai, tapi tak jelas. Senang kata korang ke 'Tourist Trap' lah.
'Tourist Trap' ialah tempat yang korang kena paksa beli. Selalunya korang akan 'dikurung; dalam bangunan dan terpaksa dengar pasal ceramah jualan pasal jed, ginseng, ubat dan macam-macam-macam lagilah.
Rasa tertipu betul kalau Juju kena macam ni. Rasa rugi pun iya jugak. Sampai dalam kepala Juju ni dah cop semua travel agent ni sama. Fuh, agak kejam jugak statement Juju ni kan.
Tapi, lepas Juju jumpa satu website ni, Juju rasa sangat teruja sebab di menjanjikan NO TOURIST TRAP. Hmmmmm... Menarik juga nih. Dah alang-alang jumpa ni, Juju pun nak share jugalah dengan korang. Biar korang pun tak terjebak sama dengan tourist trap tu.
Okeh jom tengok Pakej Percutian ke Sabah yang diorang tawarkan ni.
Okeh jom tengok Pakej Percutian ke Sabah yang diorang tawarkan ni.
Perbezaan Pakej Sabah ARBA Travel Berbanding Yang lain
1/ PENGINAPAN PEMANDANGAN GUNUNG KINABALU
Menginap di kawasan berlatarbelakang keindahan Gunung Kinabalu di Kundasang. Kami hanya memilih penginapan yang selesa & mempunyai servis yang baik.
2/ SUASANA SEPERTI ‘NEW ZEALAND’
Nikmati scenery cantik sambil bergambar/selfie dengan Lembu ‘New Zealand’ di DESA Cattle Farm. Dapat juga nikmati aiskrim GELATO yang freshly made, anda try sekali pasti nak lagi!
3/ BERGAMBAR DENGAN IKAN NEMO DAN CORAL
Anda berpeluang snorkeling sambil selfie dengan ikan nemo dan coral di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, pengalaman ‘rare’ dan menyeronokkan!
4/ PENGALAMAN FISH SPA DENGAN IKAN KOI BESAR
Anda dapat rasai pengalaman fish spa yang berbeza; ikan koi yang besar dan warna warni sangat best untuk rasai foot massage dan bergambar. Tiada limit masa untuk anda rendam kaki, sangat relaxing!
5/ TOUR GUIDE MESRA & BERBERPENGALAMAN
Driver guide kami sangat faham citarasa anda. Mereka mahir tentang destinasi dan sangat ‘sporting’. Mereka pandai tangkap gambar, jadi banyak gambar untuk anda kongsi di media sosial.
6/ LEBIH MURAH BERBANDING PRIVATE TOUR
Anda bayar harga pakej untuk 10 orang walaupun pergi berdua sahaja. Sudah tentu harganya jauh lebih murah berbanding biasa. Harga yang anda lihat sudah termasuk tiket penerbangan pergi balik.
![]() |
Klik untuk lebih jelas |