Jom Cuba Coconut Shake dan Kacang Pool di Medan Selera Iskandar Malaysia

Kasih Juju
Korang tau tak ada satu medan selera yang baru buka dekat Gelang Patah nun. Tak delah baru sangat. Sebenarnya dah setahun jugalah ianya dibuka. Tapi disebabkan Juju bukan datangnya dari sana, jadi Juju memang tak berapa nak mengetahui tentang kewujudan medan selera ni.

Dah alang-alang Juju dapat jemputan ke gerai Kampung Kambing tempoh hari (boleh baca entri dekat sini --> KAMPUNG KAMBING), maka Juju ambil peluang ni untuk meninjau gerai makanan lain yang ada dekat dalam medan selera ni. Maklumlah, lepas ni entah bila nak turun Gelang Patah lagi kan. Muehehe...
Medan Selera Iskandar Malaysia
Masa mula-mula sampai dekat sini sebenarnya mata Juju dah nampak dah kedai yang jual pelbagai jenis minuman yang ada di sebelah hadapan medan selera ni. Betul-betul dekat tengah-tengah bangunan dan berdekatan dengan pintu masuk. Jadi, sebelum balik, Juju dah berkira-kira nak singgah di gerai minuman ni. Buat bekal untuk perjalanan balik ke rumah nanti.

R&R Coconut Shake, Medan Selera Iskandar Malaysia
R&R Coconut Shake
Okeh, disebabkan dekat papan tanda dia dah tertera coconut shake, maka Juju pun dah terbayang-bayang coconut shake yang dekat Klebang nun. Adakah sama dengan yang dekat Klebang nun ataupun yang dekat sini lagi sedap? Hmmm, jom kita cuba.
Menu
Sedutan pertama rasa nyaman sangat air baru blender yang lalu dekat tekak ni. Sedut lagi, terasa aiskrim vanila yang dah dicampur dengan kelapa. Sedutan yang seterusnya terus rasa nak sedut lagi, dan lagi dan lagi. Sedap weh. Serat-serat kelapa tu sama banyak macam yang dekat Melaka la weh.
Coconut Shake
Okeh, lepas ni kalau teringan nak minum coconut shake boleh terbang je ke Gelang Patah. Hehehehehe.. Dekat je kan.

Selain daripada coconut shake, mango shake dengan green tea dia memang menarik perhatian Juju tau. Sedapnya kalau dapat minum air mangga yang ada ketulan mangga dekat atas dia tu. Dan ternyata mango shake dekat sini memang tak menghampakan. 100% recommended.
Mango shake
Sama jugak dengan green tea dia. Setanding dengan yang dekat pameran makanan dari Thailand tu tau. Alamak, lama sungguh makanan Thailand tu tak buat roadtour yek. Selalunya ada je tetiap tahun. Tapi takpelah, kita ubat kerinduan dengan minum teh hijau dekat sini. Sama juga rasa dia kan.
Green tea
Selain itu, ade juga air yang lain yang boleh korang cuba. Juju pun tak sempatlah nak cuba semuanya kan. Karang ada yang menggelupur cari tandas aje kejenya. Hehehe... Jadi sebelum balik kita tapau lagi coconut shake untuk mama dan wafer coklat untuk dak Firash.
Tapau
Maklumat lanjut boleh ke:
Facebook: https://www.facebook.com/RR-Coconut-Shake-102064221206232/
Instagram: https://www.instagram.com/linnnd4/

Melor Kacang Pool, Medan Selera Iskandar Malaysia
Melor Kacang Pool
Di sebelah belakang gerai R&R Coconut Shake ni, ada gerai Melor Kacang Pool. Ada banyak makanan ringan yang boleh korang nikmati dekat sini. Kalau korang datang sini tak nak makan yang berat-berat bolehlah cuba pelbagai jenis mi dan juga kacang pool yang ada dijual di gerai ni.
Menu
Dah nama pun gerai kacang pool kan, jadi korang bolehlah cuba kacang pool dekat sini. Rasa dia sama sedap dengan yang dekat Larkin tuh. Juju kalau makan kacang pool mesti mintak roti bakar ni dua keping. Mana cukup makan roti ni sekeping je kan. Haha. Tapi disebabkan haritu Juju dah kenyang overload, makanya sekeping je dah cukup okeh.
Kacang Pool
Selain daripada kacang pool, antara menu yang tuan gerai ni rekemen adalah laksa penang dan jugak mi kari. Laksa penang dia memang meriah tau. Cukup semua bahan-bahan dia. Bawang, nenas, daun salad, timun, telur dan jugak cili. Kuah dia pun sedap. Pedas dan pekat. Sedap je Juju menghirup kuah laksa dekat sini. Ni kalau makan masa hujan lebat memang layan sangat tau.
Laksa penang
Mi kari dia pun tak kurang hebatnya tau. Rasa dia sebiji macam mak-mak kita masak dekat rumah tu. Ada tahu kering, fish cake, fish ball, telur rebus, cili dan jugak limau nipis. Bila digabungkan dengan kuah kari tu sendiri memang cukup lengkaplah hidangan semangkuk mi kari dekat sini.
Mi kari
So, kalau korang nak ke sini, korang boleh je WAZE ataupun Google Maps Medan Selera Iskandar Malaysia.