Latest

31 December 2019

Hari Terakhir di Tahun 2019


Hai semua,

Harini merupakan hari terakhir dalam tahun 2019. Fuh, tak sangka, cepat betul masa berlalu. Sekejap je dah nak masuk tahun 2020. Banyak yang jadi dalam tahun 2019 ni. Suka duka, semua Juju lalui. Tahun 2019 menyaksikan Juju kehilangan 2 orang insan yang Juju sayang. 

Pertama atok sebelah abah dan kedua sepupu yang juga disebelah abah. Paling terkesan dekat sepupu tu. Kalau korang follow IG Juju, pertengahan bulan haritu Juju sekeluarga sempat ke Perak, Kelantan dan Terengganu. Sepupu Juju ni ikut sekali trip tu. Tak sangka itu merupakan trip terakhir Juju dengan sepupu Juju tu. Mohon kalian sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atok Abdullah bin Salleh dan arwah sepupu Aiman Habib bin Jalaludin.

Tahun 2020 pulak memang kanak-kanak yang lahir tahun 80'an tunggu sangat-sangat. Sebabnya kami dari kecil telah dimomokkan dengan kereta terbang. Haha, teringat lagi masa Juju sekolah rendah kena warna lukisan yang ada kereta terbang. Siap kira lagi umur 30'an nanti baru jumpa kereta terbang ni. Muehehehe.

Oklah, taknak cerita panjang-panjang. Kita jumpa lagi di tahun 2020 ya.

Salam sayang.

1 comment:

  1. selamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan

    ReplyDelete

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgment. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart