Latest

16 January 2020

Thursday, January 16, 2020

Tahun Baru Cina 2020 Mekar dengan Kemewahan di Paradigm Mall Johor Bahru

Tahun baru 2020 menandakan permulaan dekad yang dinantikan, jadi sambutan Tahun Baru Cina ini akan disambut dengan istimewa. Bertemakan ‘Garden of Fortune Blossom', taman bunga peony yang menghidupkan suasana pusat membeli-belah, bersempena tradisi penyatuan keluarga dan rakan yang disambut sepanjang zaman.
Paradigm Mall Johor Bahru
Pengunjung boleh memulakan aktiviti Tahun Baru Cina mereka dengan menyaksikan keindahan hiasan bunga peony bersama tanglung merah, disempurnakan dengan melodi lagu klasik Cina, serta lapan burung jenjang yang melambangkan kemakmuran dan panjang umur. Hiasan perayaan ini pasti menarik minat pengunjung untuk bergambar bersama keluarga dan rakan di Main Atrium (Aras Bawah) dari 3 Januari 2020 hingga 16 Februari 2020.

“Peony dikenali sebagai bunga kemakmuran dan melambangkan kekayaan dan keamanan. Melalui corak yang cantik, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung, bagi meningkatkan lagi kemeriahan, kekayaan dan ketenangan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management. Tambah beliau lagi, “di WCT Malls, kami percaya semuanya bermula dengan niat yang betul dan melaksanakannya untuk mencapai matlamat yang memuaskan. Itulah yang kami harapkan untuk semua rakan kongsi, sahabat dan pengunjung sempena Tahun Tikus ini.”
Peony
Untuk memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina, Paradigm Mall Johor Bahru bekerjasama dengan Malaysian Medical Association untuk menganjurkan RSH Health Carnival Johor 2020 di Upper Ground Floor Atrium pada 18 Januari 2020. Acara ini akan dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Bin Jamal. Ia turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Kem Menderma Darah, Kem Menderma Organ, Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi CPR, Bengkel Penjagaan Warga Tua, Bengkel Kesihatan dan Demonstrasi Zumba.

Paradigm Mall Johor Bahru turut menawarkan pelbagai ganjaran, penebusan eksklusif dan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung.

Persembahan Tahun Baru Cina
Tarian Singa: 12, 24 & 27 Januari
Persembahan Akrobatik Singa: 19 & 25 Januari
Tarian Naga: 25 Januari
Orkestra Cina: 19 Januari
Pertukaran Topeng Muka: 12 & 24 Januari
Pertunjukan Kung Fu: 24 Januari
Persembahan Dram: 19 & 26 Januari

Sambutlah kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menyeronokkan dan sajian menyelerakan di Paradigm Mall Johor Bahru! Saksikan hiasan bunga di pusat membeli-belah ini dan jangan lupa untuk menyaksikan persembahan klasik yang telah disediakan.

Bengkel Tahun Baru Cina
Tulisan Kaligrafi Cina: 18 Januari
Seni Memotong Kertas: 11 Januari

Tulisan kaligrafi Cina adalah elemen utama sambutan Tahun Baru Cina. Perkataan “Ong” ditulis di atas kertas merah menggunakan dakwat hitam, dengan berus khas serta digantung di kediaman dan premis perniagaan. Pengunjung juga boleh mempelajari seni memotong kertas dengan guru-guru berpengalaman, yang akan mengajar seni warisan berzaman ini di Paradigm Mall Johor Bahru.

*Bengkel ini terhad kepada 20 peserta setiap sesi
Temui Dewa Kemakmuran
Tarikh: 15, 21, 23, 25, 26 & 27 Januari

Bawa si cilik ke Paradigm Mall Johor Bahru pada tarikh yang dinyatakan untuk bertemu Dewa Kemakmuran dan alami kemeriahan Tahun Baru Cina!

Hadiah dengan Pembelian (GWP)
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.

Beg Duit Bunga WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM688 ke atas dalam enam resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza. Pemegang Kad Kredit HSBC pula hanya perlu berbelanja minimum RM500 dalam lima resit sementara ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM338 dalam tiga resit untuk menebus beg duit bercorak bunga ini.

Pembelian dengan Pembelian (PWP)
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga.

Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian- dengan-pembelian. Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin) Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam dua resit boleh membeli sehingga tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.
Hiasan tahun baru cina
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan
platform media social berikut:
Laman Web
Paradigm Mall JB
www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook:
https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram:
https://www.instagram.com/paradigm.jb/

15 January 2020

Wednesday, January 15, 2020

Lirik Lagu Gundah Nyanyian Ernie Zakri



Lirik Lagu Gundah Nyanyian Ernie Zakri
Cinta yang kau beri ku penuh rasa
Lelah, rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata-kata
Dunia hancur punah retak sejuta

Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa

Akulah rindu yang kau bawa pergi 
Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi

Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Biar pudar semua
Agar jiwa ini tiada rasa
www.kasihjuju.com
Telahku gagah bertahan
Namun rapuhnya
Tapiku rela
Jiwaku bersamamu!

Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku satu
www.kasihjuju.com
Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa 

13 January 2020

Monday, January 13, 2020

Pengurusan Pesakit yang Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza

Hai korang, macam yang kita semua sedia maklum, sekarang ni virus influenza A sedang mula merebak ke Malaysia. Dekat tempat Juju pun ramai dah yang kena. Bila Juju baca pasal penyakit ni rupanya dia senang sangat merebak.

Ditambah pula dengan Juju yang ada anak ni ha. Memang risau je setiap kali lepaskan dia pergi sekolah. Tapi, Juju yakin Allah ada untuk lindungi anak Juju. Banyak kali Juju pesan dekat dia supaya minum air masak banyak-banyak. Bukan makan banyak-banyak. InsyaAllah semoga kita semua terhindar dari penyakit yang berjangkit ni.

Okeh meh sini Juju nak share sikit kenyataan media dari Kementerian Kesihatan untuk bacaan kita bersama. 
Influenza
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. 

Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:

  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. 

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:
  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 JANUARI 2020

7 January 2020

Tuesday, January 07, 2020

Pencuci Muka Aloe Vera Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature

Pencuci Muka Aloe Vera Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature


Hai semua,

Kalau korang pembaca setia blog Juju, mesti pernah baca pasal Juju review produk Hansaegee Nature ni kan. Kalau korang belum pernah baca boleh klik je link ni -> https://www.kasihjuju.com/2019/03/aloe-ac-clean-bubble-cleanser-by.html


Dan harini Juju nak share lagi pasal pencuci muka keluaran Hansaegee Nature ni. Ha Nampak tak betapa sukanya Juju dengan produk ni. Hehe, bukannya apa. Juju suka dengan tekstur sabun ni. Picit je terus keluar buih. Dah tak payah nak bancuh dengan air.


Kalau korang nak tau, kulit muka Juju ni memang sensitive sangat. Pantang salah makan atau pergi dekat persekitaran yang tak bersih, cepat je jerawat ni singgah dekat muka. Memang stress betul Juju. Lagipun kulit muka Juju ni jenis yang berminyak. Jadi memang kena pilih pencuci muka yang betul-betul sesuai dengan muka Juju ni.

Rutin cuci muka pun kena betul ye kawan-kawan. Macam yang Juju amalkan cuci muka 3 kali sehari. Biasanya waktu pagi, tengahari dan petang. Masa cuci tu urut-urut sikit kulit muka. Bagi dia meyerap sampai ke liang pori. Lepas tu boleh bilas macam biasa.

Okeh meh sini Juju nak share sikit tips penjagaan kulit muka:-


  • Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik!
  • Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
  • Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
  • Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
  • Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
  • Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
  • Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
(Source: https://dermagsbeauty.my/1_29_7-tips-kecantikan-kulit-wajah.html)

Kalau korang ikut tips jaga kulit muka dekat atas ni, InsyaAllah kulit muka korang akan okkay. Okeh jom kita berbalik pada Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pulak.


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berfungsi secara berkesan untuk menyingkirkan kotoran, sel-sel kulit mati dan makeup. Okeh, untuk makeup ni korang kena cuci betul-betul sebab dia tak 100% remove makeup tu. So, Juju cuci 2 kali baru bersih sepenuhnya. Lagipun bau dia wangi dan buih dia lembut sangat. Kalau tak nak cuci sampai 2 kali korang buang dulu makup guna wet tissue.


Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan pencuci muka ni ialah daun lidah buaya atau aloe vera dan juga tea tree leaf oil. Memang dah sedia maklum sifat-sifat daun lidah buaya yang sangat-sangat membantu untuk melembutkan, melembab, dan mengecilkan liang roma.

Pengalaman Juju sepanjang menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula memang sangat tidak menghampakan. Kulit muka jadi sangt bersih lepas digunakan. Ditambah pula dengan tekstur dia berbuih tu, rasa nak cuci muka lama-lama.
 
Penuh buih
Meh sini Juju share pula tahap keberkesanan pencuci muka ni menanggalkan lipstick. Juju test dekat tangan Juju je. Juju cuma picitkan sikit dekat tangan, gosok-gosok sampai kesan lipstick tu hilang dan boleh terus bilas dengan air bersih. Mudah je kan.

Tengok cara sabun ni bertindak.

Untuk pembelian dan info:






5 January 2020

Sunday, January 05, 2020

Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020


Hai korang,

Okeh harini Juju nak sajalah nak share dengan korang pengalaman hari pertama dak Yash bersekolah dalam tahun 2020 ni. Kalau korang nak tau, Yash berumur 6 tahun pada tahun ini. Maknanya, dia masih bersekolah di Pra-sekolah. Masih jumpa cikgu dan pembantu murid yang sama. Kawan-kawan pun masih ada yang sama.

Pada malam sebelum nak sekolah esoknya tuh, banyak kali Juju remind dak Yash. Tidur awal, besok sekolah. Nanti susah nak bangun. Tapi dia punya aktif malam tu, macam besok tak boleh nak main lagi dah. Dan akhirnya pukul 10.00 malam dia pun tidur setelah macam-macam janji Juju bagi dekat dia.

Dan pada pagi harinya, masa kejut bangun tidur tu mood dia okey je. Tapi lepas Juju siap mandi dia mula buat drama air mata. Dia kata dia taknak sekolah. Nak duduk rumah je tengok tv. Huh! Banyak cantik! Syok sangat eh duduk rumah tengok tv je? Jumpa kawan-kawan dekat sekolah kan lagi seronok.

Bersilat jugalah masa nak mandikan dak Yash. Dia kata 'Mandi je kan Mama tak payah sekolah'. Juju diam je masa tuh, masa pakai baju pulak Juju kata Yash cuba je. Mama nak tengok Yash pakai dari baju sampai kasut. Ngehngehngeh...

Air mata tu macam kena cubit tau. Mengalir laju
Lepas tu Juju ajaklah dia masuk kereta nak pegi sekolah, eh dia boleh meraung pegi dekat nenek dia. Dia ingat nenek dia boleh tolong dia. Tapi jangan harap. Nenek pun keras hati macam Mama tau. Nenek dia pimpin dia sampai ke kereta. Haha. Sekali ayah dia pun ikut sekali hantar sampai sekolah. Hah! Menikus dalam kereta.

Tapi keras manalah hati si Mama dia ni kan. Mama kata nak tunggu dia sampai habis belajar. Nanti Mama tunggu dekat pondok guard. Dak Yash pun termakan jugalah janji-janji manis Mamanya ni. Masa hantar dia sampai depan kelas dia siap tunjuk pondok yang mana satu Mama kena tunggu dia. Mama dia pun mengiyakan semua cadangan dia tu.

Dah sampai depan kelas, dia salam Mama terus meluru masuk kelas cari tempat duduk dia. Lambai Mama pun tak toleh tengok Mama. Punyalah suka nampak kawan-kawan dia dah penuh dalam kelas dia. Huh! Mama punya penat nak pujuk dia pergi sekolah belum hilang lagi, mood dia dah okkey dah.

Korang ingat Juju nak tunggu ke dekat pondok yang dak Yash tunjuk tu? Haha memang taklah Juju nak tunggu panas-panas dekat situ. Baik Juju balik. Draf entri blog lagi bagus nak oi. Hehe, macam tulah ragam anak Juju. Tu baru satu. Besok dah ada dua, tiga, empat cemana? Fuh! Tabik dengan korang yang ada anak ramai.

Dan masa nak balik sekolah tu, Juju ambillah dia dekat sekolah. Memang dah termasuk dalam janji-jani Mama malam tadi. Masa dia nampak Juju dia kata, Mama balik tukar baju ke? Hahahahahaha.... Mama kata Mama hantar ayah pegi kerja lepas tu Mama tunggu Yash kat pondok tu. Kihkihkihkih.

Nampak tak drama dia?
Anyway, selamat menempuh alam persekolahan ya anak-anak. Semoga dapat menyerap segala ilmu yang cikgu ajar masa dalam kelas.

2 January 2020

Thursday, January 02, 2020

Selamat Tahun Baru 2020


Hai semua,

Dah masuk hari kedua baru nak wish tahun baru ye. Semalam tak sempat nak draf blog. Kerja banyak yang menunggu ditambah pula dengan ragam si Firash yang nak naik sekolah semula. Ragam dia memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dah lama sangat cuti kan. Seronok bangun tidur boleh terus tengok tv. Tu yang buat perangai masa nak pergi sekolah.

Apa-apa pun Juju doakan semoga tahun 2020 ini memberikan kehidupan dan kebahagiaan yang lebih baik kepada kita semua. Juju harap ada khabar gembira yang boleh Juju share dengan korang tahun ini. InsyaAllah aaminnnn....

“One of the best pieces of advice I ever got was from a horse master. He told me to go slow to go fast. I think that applies to everything in life. We live as though there aren't enough hours in the day but if we do each thing calmly and carefully we will get it done quicker and with much less stress.”
Viggo Mortensen