Latest

3 March 2020

Apakah Punca Ulser Mulut


Tabiat tergigit dinding mulut disusuli dengan pengambilan makanan pedas dan masam boleh memberi kesan kepada bahagian tercedera mendapat komplikasi ulser di mulut.

Ia diburukkan lagi dengan tabiat kurang minum air serta bahagian dalam mulut kering menyebabkan ulser lambat sembuh. Namun, ulser mulut yang tidak sembuh melebihi 2 minggu perlu pemeriksaan lanjut oleh pakar. Ia mungkin kanser.

Klik gambar untuk lebih jelas

Ulser adalah luka dalam mulut yang selalunya sakit dan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk sembuh.

Rawatan
  • Berkumur dengan air garam atau kumuran antiseptik
  • Gunakan gel ulser untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan
  • Elakkan makanan yang berasid, pedas dan keras untuk sementara waktu
Faktor Risiko
  • Trauma seperti tergigit, penggunaan gigi palsu yang tidak padan, pendakap gigi
  • Kekurangan nutrisi seperti Vitamin B12, folate dan zat besi
  • Penyakit sistematik seperti anemia, penyakit berkaitan usus, penyakit berkaitan sistem imun
  • Jangkitan seperti virus, bakteria, kulat dan parasit


3 comments:

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgment. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart