Assalamualaikum dan hai semua,
Korang nak tau tak apa yang Juju rindukan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni? Juju rindu sangat nak lepak makan-makan dekat warung dan gerai-gerai tepi jalan. Rindu sangat dengan tomyam pekat kakak Thailand tu ha. Rindu jugak dekat air boba. Lagi rindu dekat abang jual ayam gunting.
Tapikan, masa-masa macam nilah Juju boleh teringat dekat nasi kandar dengan pasembor yang dekat Pulau Pinang tu weh. Ah sudah. Mana pulak nak cari nasi kandar yang piaw macam dekat Penang tuh. Hadoi. Bawak bersabarlah ye wahai perut.
Bercakap pasal makanan di Pulau Pinang, meh sini Juju nak kenalkan korang dengan kedai-kedai makan yang boleh korang cuba.
5 Restoran Boleh Cuba di Pulau Pinang
1/ Ferringhi Garden Restaurant
Feringghi Garden |
Tempat ni sangat romantik dan sesuai untuk korang merayakan hari ulangtahun kelahiran ataupun hari ulantahun perkahwinan bersama yang tersayang. Konsep dine-in-nature yang diterapkan di restoran ini pasti akan membuatkan korang jatuh cinta dengan restoran ni.
Restoran ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan, perabut yang berasaskan kayu dan bunyi desiran air mengalir pasti akan memberikan korang 1001 kenangan bersama yang tersayang.
Seafood Platters |
Makanan yang dihidangkan pula berkonsepkan Western Grill Steak and Seafood. Hurm, meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan dia. Tapi malangnya kedai ni tak halal ya. Sebab diorang ada serve wine. Jadi kurang sesuailah untuk yang beragama Islam. Tapi korang jangan risau, ada empat lagi restoran yang Juju nak kongsikan.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini boleh terjah:
Alamat: 34-A/B/C, Jalan Batu Ferringhi,
11100 Batu Ferringhi, Penang.
Telefon: 04-881 1193
2/ Jawi House Cafe Gallery
Jawi House Cafe Gallery |
Sebuah rumah kedai lama yang terletak di Armenian Street ini telah diberi nafas baru oleh Chef Nurilkarim. Dalam kafe ini, terdapat pameran seni lukisan tangan dan juga fabrik yang dihasilkan oleh warga tempatan yang berkonsepkan Jawi Peranakan. Jawi Peranakan adalah masyarakat Melayu tempatan yang berkahwin dengan pendatang dari India, Arab, Turki dan Parsi.
Hidangan yang disajikan |
Makanan yang disajikan di sini pula menggabungkan bunga, herba dan rempah ratus untuk menghidupkan semula masakan masyarakan Jawi Peranakan. Antaranya adalah lemuni. Lemuni adalah beras yang dimasak dengan bunga telang biru dan daun lemuni. Lemuni inilah yang memberi warna kehijauan dalam masakan.
Untuk maklumat lanjut boleh ke:
Alamat: 85 Lebuh Armenian
George Town, Penang.
Telefon: 04-2613680
3/ Black Kettle
Black Kettel |
Sebuah kafe, kedai roti dan restoran yang berkonsepkan fusion Perancis ini menawarkan pilihan makanan yang tidak akan korang lupakan.
Peri-peri Chicken |
Tapikan, restoran ni menggunakan alkohol dalam masakan dia. Jadi Juju bagitau awal-awal ya restoran ini sesuai untuk mereka yang bukan beragama Islam. Kalau tengok pada menu dessert dia memang akan membuatkan kita semua meleleh air liur. Hidangan utama pun sangat menarik.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini boleh ke:
Alamat: 105, lebuh pantai
George Town, Malaysia.
Telefon: 04-251 9270
4/ Cafe Lagenda
Cafe Lagenda |
Bistro inovatif yang melestarikan warisan tempatannya dengan menyajikan hidangan dalam set congkak (permainan mancala tradisional). Terletak di Campbell Street yang sibuk, rumah kedai yang baru diubahsuai ini kini merupakan salah satu destinasi paling popular di Pulau Pinang bagi masakan Melayu.
Udang masak lemak nenas |
Antara menu yang paling laris di kafe ini adalah udang masak lemak nenas. Aduh, ngences pulak rasanya. Dipadankan pula dengan ayam rendang yang sangat beraroma dan juga salad telur. Fuh, mau masuk dalam mimpi tidur malam ni.
Okeh, untuk maklumat lanjut, boleh ke:
Alamat: 43 Campbell Street
10100 George Town, Malaysia.
Telefon: 04-261 2293
5/ Chok Dee Thai Restaurant
Chok Dee Thai Restaurant |
Peminat masakan Thai memang wajib cuba retoran ni ya. Kalau Juju memang suka tomyam yang pekat. Cukup rasa masam dan pedas dia. Ditambah pula dengan seafood yang pelbagai dekat dalam tu. Fuh, kita tambah lagi dengan ikan siakap masak 3 rasa, kerabu mangga dan sayur kailan ikan masin. Memang tak toleh kiri kanan lagi dah.
Tomyam |
Maklumat lanjut boleh ke:
Alamat: 231-D Jalan Burma
10050 George Town, Malaysia.
Telefon: 017-432 1338
Tapikan korang, dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, ada restoran yang tak buka. Aduh, cemana nak cari lauk nih? Ha, Juju sebenarnya ada penyelesaian untuk korang. Food Panda kan ada. Dekat mana lagi yang ada menyediakan perkhidmatan food delivery Penang kalau bukan Food Panda.
Ha dekat sini macam-macam ada. Nasi kandar, mi goreng mak kiah, pasembur, you name it. Semua ada wey. Air boba pun ada. Beruntungnya orang Penang. Semua boleh delivery. Hehe. Okeh, Penang masuk dalam list nombor satu untuk Juju terjah lepas habis PKP ni nanti.
Semoga cepatlah berlalu wabak tak sihat yang sedang melanda dunia sekarang ni. Tak sabar nak lalui kehidupan yang normal semula. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ini ya.. Insyallah.