Kalau korang baca entri Juju pasal event Asmak haritu di Genting Highland, mesti korang nak tau Juju menginap di manakan? Haha, kalau korang tak nak tau pun Juju nak kongsi jugak. Jadi silalah baca ya. Mana tau boleh jadi panduan untuk korang yang nak ke Genting Highland.
GEO38 Residence, Genting Highland
|
Geo38 Residence, Genting Highland |
Sebenarnya agak susah juga untuk Juju buat keputusan. Memandangkan event Asmak tu di Hotel Awana, jadi Juju pun macam tak tau nak buat keputusan. Samada nak menginap di puncak ataupun di area Gohtong saja. Hotel Awana tu kan belum sampai ke puncak lagi, jadi nak tidur dekat mana neh?
Setelah membuat kiraan tambah tolak darab bahagi makanya Juju sekeluarga ambil keputusan untuk menginap di Geo38 Residence. Juju tempah menggunakan Air BNB. Hehe, suka betul Juju dengan aplikasi Air BNB ni yek.
|
Eh sibuk kita nak enterframe jugak |
Kalau korang nak tau, Geo38 ni ada resort and hotel dan ada juga residence. Juju pilih yang residence. Dia kebelakang sikit je daripada resort and hotel tu. Ada jambatan untuk menghubungkan dua bangunan ni.
Kalau dah namanya residence ni mestilah dalam kepala dah membayangkan sebiji rumah yang ada dapur, living hall dan juga bilik. Yess, betul tanggapan Juju. Geo38 Residence ni ada 2 bilik. Apartment yang Juju dapat ni ada disediakan sekali kelengkapan untuk memasak, microwave pun ada, mesin basuh siap dryer. Senang nak keringkan baju lepas mandi dekat swimming pool.
|
Pemandangan dari bilik. Nampak sayup je kan. Tapi masa malam terang sungguh dekat atas tu. (Klik gambar untuk lebih jelas) |
Dan Juju rasa bertuah sebab dapat view puncak genting. Dari bilik boleh nampak kereta kabel bergerak. Boleh nampak Genting Highlang Premium Outlet. Waktu malam memang terang bukit tuh. Memang ini adalah pengalaman yang tak boleh dibeli.
Bercakap mengenai swimming pool pulak, nampak macam sejuk je nak mandi dekat swimming pool ni kan. Ha sebenarnya tak sejuk pun. Air dia suam-suam je. Tak sejuk pun. Walaupun mandi dalam cuaca yang berkabus, air dia maintain suam. Tapi kalau dah mandi jangan sesekali naik. Mau beku jadinya. Swimming pool di dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
|
Pemandangan di kolam renang waktu malam. |
|
Pemandangan di kolam renang waktu siang |
|
Pukul 9 pagi. Kabus belum hilang lagi. Orang lain pun takde masa ni. |
|
Kids swimming pool. Tak dalam pun. Paras lutut Juju je. |
|
Pemandangan dari walkway sekitar kolam renang |
|
Tengah berkira-kira, nak terjun ke tak. Yang belakang kitorang tu kolam renang untuk dewasa. |
|
Gym pun ada dekat sini |
|
Berkabus jam 9.00 pagi. |
|
Pukul 10.30 pagi baru nampak matahari. |
Dah alang-alang sampai di Genting Highland ni maka wajiblah kita masuk ke First World. Hehe, tak ke Gentinglah kalau tak jejakkan kaki dekat indoor game dia ni. Lepas da tawaf si Firash cuma nak main keretapi yang pusing dekat Eiffel Tower tu je. Haha, selamat duit mak. Kalau datang ramai-ramai baru dia ada mood nak main yang lain-lain tu kot.
Juju mampu tengok ajelah. Suami jenis yang tak suka aktiviti macam ni. Lagilah kalau kena naik tempat tinggi. Memang dia reject terus. Muehehehe..
|
Buat perangai si Firash |
|
Sebab tempat ni penuh cahaya, maka kami pun wefie |
|
Tak mencabar betul ketapi ni. Tapi Yash kata nak main ketapi ni satu je. Hehe |
Jadi, kalau korang nak tengok apartment yang Juju tempah korang boleh klik dekat link bawah ni.