Hari yang Sunat, Harus dan Makruh untuk Berpuasa

Kasih Juju
Hai semua,

Sebenarnya Juju ni memang ada masalah hilang ingatan bila tiap kali nak puasa sunat. Huhu, hilang ingatan sebab teringat ada hari yang boleh puasa ada hari yang tak boleh puasa. 

Jadi untuk mengatasai masalah hilang ingatan dan rasa was-was maka Juju pun ambil keputusan untuk google dan simpan dekat blog Juju ni. Semoga bermanfaat untuk korang juga.

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa hari ini, esok tak puasa
Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

Puasa bulan Syaaban
Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura
Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  • Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


Hari haram berpuasa sunat
  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
Bagi nak memudahkan korang faham, maka Juju attachkan sekali kalendar yang boleh korang print dekat bawah ni ya. Selamat berpuasa.
Klik untuk lebih jelas.

Tags